Isnin, 10 Ogos 2009

ALLAH ADA DI MANA-MANA?

Baru-baru ini, saya bertemu dengan dua orang sahabat. Perbualan kami, banyak berkisar tentang sejarah Islam, kemunduran umat Islam hari ini, dan juga termasuklah bab-bab tasauf dan akidah. Salah satu perkara yang paling panjang dibincangkan, ialah mengenai di mana Allah.

Salah seorang rakan saya itu, dengan tegas mengatakan, bahawa Allah ada di mana-mana. Dia berhujah dengan ayat, bahawa segala yang diciptakan ini, mempunyai zat Allah. Ini bermaksud, setiap kejadian di muka bumi ini, mempunyai sifat dan zat Allah yang menyimpulkan bahawa, Allah itu ada di mana-mana.

Namun, saya sebenarnya tidak sependapat dengannya. Bagi saya, apa yang diberitahu oleh Al Quran, bahawa Allah, Pemerintah Yang Maha Tinggi bersemayan (istiwa) di atas Arasy-Nya. Nanti saya akan bentangkan firman Allah yang menegaskan, bahawa Dia dengan Ketinggian dan Keagunggannya, bersemayam di atas Arasy di langit yang tinggi.

Sehinggalah sampai satu ketika, di mana rakan saya ini sanggup mengatakan, Allah ada di mana-mana sehingga di dalam najis juga ada Allah, saya sudah tidak lagi dapat menahan rasa amarah. Bagi saya, pendapatnya itu melampau, kerana telah meletakkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Suci, di sesuatu tempat yang tidak sesuai dengan Keagungan-Nya.

Dalam surah Al Ikhlas, Allah telah menegaskan bahawa Dia itu tidak serupa dengan makhluk yang diciptakan-Nya. Baik dari sudut apa sekali pun. Sekali lagi saya ulangi, baik dari sudut apa sekalipun. Bahkan saya juga amat-amat menolak kata-kata seorang Tok Guru, apabila dia mengatakan bahawa Allah juga mencarut dan Allah juga samseng.

Mencarut itu perbuatan manusia. Mencarut itu pengertiannya secara umum bagi rakyat yang memahami bahasa Malaysia, ialah perbuatan yang tidak baik. Bercakap kotor. Contohnya p****m**k, p***n**t dan sebagainya. Itulah yang kita fahami dengan perkataan mencarut. Jadi, di dalam Al Quran, adakah Allah pernah bercakap kotor di dalam firman-firmanNya?

Ya, Allah ada memberi amaran, tetapi bahasa yang digunakan lebih sesuai ditakrifkan dalam bentuk kata-kata herdikan, sindiran, kutukan dan juga amaran. Herdikan, sindiran, kutukan dan juga ayat-ayat mengugut (amaran) secara umumnya difahami, tidaklah termasuk dalam kata-kata yang boleh dikategorikan dalam istilah mencarut.

Begitu juga dengan mengatakan bahawa Allah itu samseng. Jika Allah samseng, ulama juga samsenglah. Jika perbuatan Allah itu kita katakan sebagai samseng, maka baginda Rasulullah saw dan para sahabat juga bolehlah dianggap sebagai samseng? Bolehkah begitu?

Samseng dalam pengertian bahasa Malaysia di negara ini, ialah seseorang yang mempunyai perlakuan jahat. Orang yang dikenali sebagai samseng, selalunya suka menzalimi manusia lain, bercakap mengikut sedap lidah, mencuri, membunuh, panas baran, suka berkelahi dan bertumbuk, ego dan lain-lain.

Saya tidak pernah lagi mendengar orang-orang awam menisbatkan perbuatan ulama-ulama yang ada di Malaysia, termasuklah tok guru itu sendiri dengan perkataan samseng. Bagaimana agaknya kalau kita katakan, sebagai contoh, Imam Syafie atau Tok Guru Nik Aziz juga sebagai seorang samseng? Agak-agak boleh terima atau tidak jika kita mengatakan demikian kepada dua orang tokoh ilmu?


Apakah Allah bersifat yang sedemikian? Apakah kita boleh menyamakan sifat Allah swt dengan sifat dan perangai manusia yang diciptakan-Nya? Apakah baginda Rasulullah saw dan para sahabat bersifat sedemikian? Inilah akibatnya, apabila bercakap dengan nawaitu untuk menang dan mempengaruhi hati orang lain, semata-mata kerana politik.

Berbalik kepada cerita rakan saya itu, ternyata, dia bercakap mengikut sedap lidah tanpa sebarang dalil dan fakta. Bila bercakap tentang Islam, dalil Quran dan Sunnah terpenting untuk dijadikan hujah.

Inilah akibatnya, jika bercakap mengenai akidah hanya dengan membaca satu dua buku. Apabila bercerita tentang Allah, kita sebenarnya bercakap tentang akidah. Akidah merupakan pokok utama dalam Islam. Kenapa Yahudi itu termasuk di dalam golongan yang dimurkai? Kenapa golongan Nasrani termasuk di dalam golongan yang sesat? Semuanya kerana akidah sesat yang mereka anuti.

Jadi di sini, biar saya bentangkan beberapa hujah yang mengatakan, bahawa Allah itu berada di langit, bersemayam di atas Arasy-Nya sesuai dengan keagungan dan ketinggian-Nya melalui ayat-ayat Al Quran, hadis dan juga pendapat-pendapat imam-imam tersohor termasuklah empat Imam Mazhab.

Firman Allah swt di dalam Al Quran :

Surah Al-A'raaf ayat 7

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam-Surah Al-A'raaf ayat 7


Surah Yunus ayat 3

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


Surah Ar-Rad ayat 2

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).


Surah Taha ayat 5

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


Surah Al Furqan ayat 59

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.


Surah As Sajadah ayat 4

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?


Surah Al Hadiid ayat 4

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Apa pula pendapat Imam Syafie dan imam-imam lain berkenaan hal ini? Mari kita baca apa pendapat mereka tentang bab istiwa ini.


IMAM SYAFIE

1. Dan Allah swt di atas Arasy-Nya dan Arasy-Nya di langit.

2. Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh Al Quran dan yang warid tentang-Nya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentang-Nya kerana dinafikan oleh Diri-Nya sendiri sebagaimana firman-Nya iaitu Tiada yang semisal dengan-Nya.


IMAM ABUL HASSAN AL ASY'ARI

1. Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas arasy-Nya dan mempunyai muka (wajah). Al Quran itu, kalamullah dan bukan makhluk dan Al Quran diturunkan dari langit.

2. Di atas langit-langit itulah Arasy, maka tatkala Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman : Apakah kamu merasa aman terhadap zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya, Dia istiwa (bersemayam) di atas Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit). Yang dimaksudkan di dalam firman Apakah kamu merasa aman terhadap zat yang berada di atas langit bukanlah bermaksud seluruh langit, tetapi Arasy-Nya yang berada di atas langit.


IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH

1. Sesiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Demikian juga terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan : Aku tidak tahu, apakah Tuhanku berada di langit atau di bumi? Berkata Imam Abu Hanifah : Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman :Ar-Rahman di atas Arasy al Istiwa


IMAM AHMAD BIN HANBAL

1. Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak ada sesiapa yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya


IMAM IBNU KHUZAIMAH

1. Barang siapa yang tidak menetapkan Allah swt di atas Arasy-Nya dan Allah istiwa di atas tujuh langit-Nya, maka dia telah kafir terhadap Tuhannya.

2. Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘ArasyNya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah"


SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

1. Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar Rahman di atas Arasy, Ia beristiwa. Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Dia turunkan kepada tiap-tipa Nabi yang diutus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?"


Jelas, di dalam Al Quran, Allah swt telah menegaskan sebanyak 7 kali bahawa Dia dengan Ketinggian dan Keagungan-Nya bersemayan di atas Arasy di langit yang tertinggi. Mengapa pula kita mengatakan Allah ada di mana-mana?


Sebenarnya, yang ada di mana-mana di sekeliling kita, termasuklah diri kita sendiri ini ialah ilmu-Nya, dan bukanlah Allah swt itu sendiri yang berada di mana-mana. Ini telah diterangkan oleh Imam Malik r.a. :


"Allah berada di atas langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat (iaitu di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya"


Mudah-mudahan, apa yang dibentangkan ini, dapat memberikan manfaat pada kita semua dalam memperbetulkan akidah. Jangan pula ada yang mengatakan bahawa saya bermazhab Wahabi kerana sejak akhir-akhir ini, ramai yang mengatakan bahawa golongan bermazhab wahabi yang mempunyai iktikad bahawa Allah swt bersemayam di atas Arasy.


Untuk makluman, saya tidak pernah menganggap bahawa apa yang dikatakan sebagai Wahabi itu adalah satu mazhab.


Saya tidak memandai-mandai mengatakan bahawa Allah itu bersemayam di atas Arasy tetapi Allah swt sendirilah yang memberitahu pada makhluknya bahawa Dia dengan ketinggian dan keagungan-Nya, bersemayam di atas Arasy di atas langit yang ke tujuh.

25 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

samseng tu gengster, genster tu macam mafia - ah long...itu la yang aku faham mengenai istilah SAMSENG.

org biasa berkata...

betul la tu...aku pun faham yang sama

Allahuraabi berkata...

Jangan samakan sifat Allah dengan sifat manusia. Kdg2 orang politik ni, gunakan agama untuk tarik hati orang ramai.

Mcm tu juga signboarb iklan tentang zakat. Guna ayat Allah bila nak minta zakat, tapi kalau nak bagi zakat pada orang Islam, guna ayat dan fikiran sendiri.

Sebab itu aa birokrasi dan macm-macm lagi. Umat Islam lemah hari ini kerana tak da iman. Para sahabat dulu kuat bukan kerana ada senajata dan kelengkapan perang, tetapi mereka ada iman.

Iman itulah yang menyebabkan turunnya pertolongan Allah. Kalau Allah dah tolong, jet, roket, missile, bom, peluru, mortar, AK47 dah tak ada kesannya lagi.

Ambillah contoh perang badar. 313 orang lawan seribu lebih orang, kalau yang seribu tu...

Allahuraabi berkata...

Jangan samakan sifat Allah dengan sifat manusia. Kdg2 orang politik ni, gunakan agama untuk tarik hati orang ramai.

Mcm tu juga signboarb iklan tentang zakat. Guna ayat Allah bila nak minta zakat, tapi kalau nak bagi zakat pada orang Islam, guna ayat dan fikiran sendiri.

Sebab itu aa birokrasi dan macm-macm lagi. Umat Islam lemah hari ini kerana tak da iman. Para sahabat dulu kuat bukan kerana ada senajata dan kelengkapan perang, tetapi mereka ada iman.

Iman itulah yang menyebabkan turunnya pertolongan Allah. Kalau Allah dah tolong, jet, roket, missile, bom, peluru, mortar, AK47 dah tak ada kesannya lagi.

Ambillah contoh perang badar. 313 orang lawan seribu lebih orang, kalau yang seribu tu...

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Assalamu'alaikum wbt.

Mengenai tajuk diatas ini 'Allah ada dimana-mana?' - bagi saya lebih tepat jika diganti dengan ayat yang lebih lembut iaitu 'Allah tidak bertempat' kerana dengan itu ia akan membatalkan tafsiran atau tanggapan bahawa Allah itu bertempat - mana tempat itu? Dimana-mana hatta dalam n***s sekalipun - ini namanya bangang x mengaji!(agak seni perkara ini)

Baik saya tidak mahu komen dengan fakta-fakta yang telah diberikan diatas kerana ia datangnya dari Al-Quran dan juga ulama-ulama yang mashyor, cuma apa yang saya ingin kongsi disini adalah tafsiran yang lebih lunak dan lembut yang bersangkutan dengan ulama ahli sunnah - iaitu bagaimana mereka menafsir perkara ini supaya kita 'orang awam' menjadi mudah faham. Sila lihat dibawah.

*Bagi saya sendiri dengan mengatakan Allah tidak bertempat - kita lepas dari meletakkan Allah itu bertempat walaupun 'dimana-mana' (yakni bertempat dimana-mana)

Kerana tiada faedah juga bagi kita dengan meletakkan Allah itu bertempat...atas apa tujuannya?

>> http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/wujudnya-tidak-bertempat.html

I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah mensucikan Allah daripada berarah, bertempat dan terikat dengan masa. Arah, tempat dan masa adalah makhluk, maka pasti Allah tidak mengambil faedah daripada makhluk ciptaanNya. Bukankah Allah telah menjelaskan perkara ini dalam al-Quran dengan firmanNya pada surah al-'Ankabut ayat 6:



إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِين


"Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk." Yakni Allah itu sekali-kali tidak memerlukan atau tidak mengambil apa-apa faedah daripada makhluk ciptaannya. Ini adalah i'tiqad asas bagi kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, kelompok as-sawadul a'dzam daripada umat Junjungan Nabi SAW. Jika kita telaah karya-karya ulama kita, pasti kita akan berjumpa dengan kata-kata yang menunjukkan bahawa wujudnya Allah itu tidak bertempat atau dalam sesetengah kitab ulama Jawi kita tertulis "tidak mengambil bagi lapang". Maka berilah perhatian wahai segala saudara sekalian, jangan sampai aqidah kita terpesong daripada landasan yang sebenar Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kalaupun kita tidak mahu mentakwil ayat-ayat yang mutasyabbih maka sewajarnya kita serahkan pengertiannya kepada Zat yang menurunkan al-Quran. Jangan bermain-main dengan kata-kata yang boleh menimbulkan waham yang Allah itu serupa dengan makhluk dan beranggapan bahawa itulah perlakuan para salafnya umat ini.

Pehin Mufti Haji Ismail Omar Abdul Aziz rahimahUllah dalam "Ringkasan 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama`ah" pada halaman 3 dengan terang menyebut bahawa antara i'tiqad kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah:-


Sentiasalah Allah ta`ala itu Esa, tiada ada tempat bagiNya dan tiada ada zaman bagiNya. Yakni Allah ta`ala wujud dengan sendirinya sebelum ada tempat dan sebelum ada zaman itu. Dan Allah ta`ala suci dari tempat dan zaman itu.
Maka marilah kita mensucikan Allah daripada mengambil faedah daripada makhluk ciptaanNya. Sungguh Sang Pencipta itu terkaya daripada segala ciptaanNya.

Mahu bertanya... berkata...

Kepada the malay press, saya ada Ada beberapa hadis yang ingin di catatkan di sini, yang memberitahu bahawasanya Allah itu di langit :

Hadis Rasulullah saw bersetuju dengan kata-kata seorang wanita bahawa Allah itu di langit :

"Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “ Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah"
-Riwayat Muslim dan Abi Daud

Bagaimana pula dengan pendapat salah Imam Az Zahabi seorang ulama besar yang bermazhab Syafie :

“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”.

Bagaimana pula dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Ya Tuhan kami, Tuhan yang di langit! Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh"
H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadis hasan).

Bagaimana dengan hadis ini :

"Dari Ibn Mas'oud berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadis hasan, sanadnya sahih)

"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)"
H/R Bukhari No. 4351.

"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah!"
H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah (Disahihkan oleh al-Albani).

“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami ‘Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 99 – 100.

Kata imam Syafie pula :

"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam"Ibid. Hlm. 47.

Bukankah hadis-hadis di atas menunjukkan Allah di atas langit yang ke tujuh?

Bagaimana pula dengan ayat al Quran yang menerangkan bahawa sesungguhnya Allah itu di langit :

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". (QS. Al-Mulk, 67:16)

"Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu!".(QS. Ali Imran, 3:55)

"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". QS. An-Nahl, 16:50)

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

terpulanglah pada diri masing-masing untuk beriktiqad.

saya tidak mahu menyalah atau mengiakan apa saja iktiqad saudara-saudara sekalian. Jika dilangit maka dilangitlah...jika tiada bertempat maka tiada bertempatlah...kedua-duanya bagi saya buleh diterima pakai.

Cuma yang tak patut jika ada yang memaham bahawa Allah ada dimana-mana hatta didalam n***s sekalipun - inilah sebenarnya pegangan yang sama sekali tidak buleh di maafkan. sesat lagi menyesatkan.

Tanpa Nama berkata...

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya.
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:

" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.


sambuung
sumber daripada http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/penjelasan-akidah-islam-allah-wujud.html

zulziman berkata...

"Di langit". Bukan berada atau menetap dilangit

Tanpa Nama berkata...

minta maaf sahabat2 sekalian.. jika tidak faham apa yang teman saudara tadi katakan yang allah ada dimana2, tolong jangan timbulkan fitnah. sememangnya pengajian hakikat sukar difahami dan dikategorikan sesat. tetapi bagi yang memahaminya dan telah merasai perjalanan hakikat, baru mereka faham.. -_-

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Saya nasihatkan supaya janganlah diperdebatkan hal ini kalau bukan dengan ahlinya... sesunggunya ianya akn mendatangkan fitnah... jgn lah menghukum org sesat sedangkan kita tidak menempuhi bidang itu..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Saya setuju dengan pendapat saudara AI SOLUTIONS, jangan didebatkan hal ini jika bukan sesama ahli jamaah, kerana ini kan menimbulkan fitnah. Ilmu islam ini terdiri dari syariat, torikat, hakikat dan makrifat. Oleh yang demikian penjelasan adalah berbeza mengikut tahap mana ilmu diri yang mengulas, apatah lagi jika diri pengulas sentiasa mehu menyatakan ulasannya paling benar berdasarkan tahap mana ilmunya.
Penjelasan dari tahap syariat, torikat, hakikat dan makrifat adalah berbeza sama sekali...

Tanpa Nama berkata...

Semalam syarahan di masjid saya juga mengatakan Allah tidal bertempat, dan salah bagi kita menu ding jari ke langit mengganggap Allah di langit. Ia bolehkah menu bukan kekeliruan

Tanpa Nama berkata...

Salam. . .Allah meliputi sekalian alam..Allah nyata bgi sesuatu. .kte tnggelam/binasa didalam lautan makrifatullah. .tiada diri ini. .malah tiada ilmu. .yg ada hanya Allah. .kepada empunya nama. .hanya SATU. .tiada lain. .

Tanpa Nama berkata...

Aku adalah hampir...malah terlebih hampir dari urat mereh mu...

Sarifuddin berkata...

Lebih mudah dipahami : Allah lebih dekat

Sarifuddin berkata...

Allah ada dimana - mana sama dengan menunjukkan tempat keberadaan Nya.

Maliku jabbar berkata...

Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Dan hadis
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالَّذِى تَدْعُونَهُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ عُنُقِ رَاحِلَةِ أَحَدِكُمْ “Yang kalian seru adalah Rabb yang lebih dekat pada salah seorang di antara kalian daripada urat leher unta tunggangan kalian.” (HR. Muslim no 2704)

Maliku jabbar berkata...

Klu masih raga2 lagi dan masih berfahaman dgn al-jahmiyah dan muktazilah..maka yg menutup mata,telinga dan pintu hati tidak lain dan tidak buka,adalah hawa Nafsu dan di tunggang oleh syaitan yg ingin manusia meragu2 kesempurnaan kalamullah...wallahualam bishowab..

Maliku jabbar berkata...

Itulah akidah fahaman al-jahmiyah dan muktazilah..tapi di lemparkan kepada musuh-musuhnya iaitu kaum muslimin yg berpegang teguh pada Al-quran dan hadis Nabi saw yg shahih..dan tipu daya di lakukan oleh sayyid hasan as-saqqaf

Maliku jabbar berkata...

Tapi yg dikatakan mana2 itu buka sifat zat akan tetapi ilmu-Nya ada di mana2..tapi org al-jahmiyah nie sombong kepada Allah dan berani menuduh Allah itu ada di mana2 jika ada di mana2 bermakna Allah itu berbilang(banyak)..tidakkah pendapat mereka itu ada persamaan dgn fahaman kristian yg menyatakan Allah itu mempunyai anak,tidak kah itu di panggil org tidak berakal..???

Maliku jabbar berkata...

Tapi yg dikatakan mana2 itu buka sifat zat akan tetapi ilmu-Nya ada di mana2..tapi org al-jahmiyah nie sombong kepada Allah dan berani menuduh Allah itu ada di mana2 jika ada di mana2 bermakna Allah itu berbilang(banyak)..tidakkah pendapat mereka itu ada persamaan dgn fahaman kristian yg menyatakan Allah itu mempunyai anak,tidak kah itu di panggil org tidak berakal..???

Maliku jabbar berkata...

Itulah akidah fahaman al-jahmiyah dan muktazilah..tapi di lemparkan kepada musuh-musuhnya iaitu kaum muslimin yg berpegang teguh pada Al-quran dan hadis Nabi saw yg shahih..dan tipu daya di lakukan oleh sayyid hasan as-saqqaf

Unknown berkata...

nak tanya tanya satu soalan ."allah itu tuhan...atau nama bagi zat tuhan.

Unknown berkata...

Tiada pun Allah suruh kata kan bahawa Allah di atas Arasy ini adalah satu kebohongan sebenarnya,
Yang Allah suruh kata kan itu adalah Allah itu maha dekat
Sesuai firman nya dlm surah Al baqarah
186 Katakan lah Muhammad sesungguhnya Aku/Allah dekat”
Jadi jawapan sebenar adalah Allah itu maha dekat apa bila bertanya tentang Allah itu atau pun di mana Allah.

Ikuti lah apa apa yg di perintahkan Allah kpd RasulNya saw.

AQidah Rasulullah saw yg sepatutnya diikuti bukan nya selain itu,
Kerana hanya Rasulullah saw sahaja yg dpt memberi syafaat di akhirat kelak.