Tahun ini, sudah 50 tahun orang Melayu merdeka. Ini bermakna, selama itu jugalah orang Melayu Islam di tanah air ini mendapat kembali kedaulatan dan hak untuk memerintah di bumi sendiri.
Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia, menjadi tanah jajahan kuasa-kuasa bukan Islam dalam waktu yang lama. Kira-kira 500 tahun. Sudah cukup untuk meruntuhkan segala budaya, semangat, ideologi dan jatidiri. Seperti mana yang berlaku di beberapa buah negara bekas tanah jajahan soviet, yang kini kehilangan identiti jati diri bangsa mereka.
Tetapi tidak bagi orang Melayu di negara ini. Orang Melayu sehingga kini masih lagi tetap berpegang teguh dengan amalan kehidupan mereka, iaitu ajaran Islam. Biarpun ketika Tanah Melayu dijajah, namun orang Melayu sedikitpun tidak terjajah dari segi akidah dan agama.
Malah, penjajah ketika itu terpaksa tunduk dengan kekuatan akidah orang Melayu sehinggakan terpaksa memuliakan Islam dan membenarkan umat Islam mengamalkan ajaran Islam. Dan sehingga kini, Islam masih lagi terpelihara. Walaupun tercalar sana sini.
Para pejuang Islam Melayu tidak kurang hebatnya. Bahkan ada sultan-sultan yang berakhlak mulia, sehingga sanggup menyamar untuk menangkap pencuri. Sehingga kini, Sultan-sultan Melayu di negara ini mengamalkan sikap yang sama, biarpun tidak lagi bersama-sama untuk tangkap pencuri.
Begitulah komuniti pembentukan jatidiri orang Melayu. Semenjak kedatangan Islam di Melaka, maka ajarannya menjadi teras dalam setiap kehidupan dan perbuatan orang-orang Melayu. Baik dari sudut amalannya, mahupun akhlak fizikal dan pemikiran mereka.
Bahkan, selepas itu muncul ramai tokoh-tokoh ulama Melayu yang disegani, bukan sahaja di tanah Melayu, tetapi di seluruh dunia. Ulama-ulama Melayu bukan sedikit yang mengajar di Kota Mekah dan Madinah. Nama mereka begitu tersohor pada waktu itu.
Ketika penjajahan British ke Tanah Melayu, muncul pejuang Melayu Islam. Nama-nama seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman dan ramai lagi, cukup digeruni oleh penjajah British dulu, seperti mana mereka gerun mendengar nama-nama Ahmadinejad, Abu Musaab Al Zarkawi, Shamil Basayev dan ramai lagi pada hari ini.
Kenapa penjajah begitu benci dan trauma dengan nama-nama itu? Kerana mereka itulah pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air mereka. Abu Musaab yang dikatakan terrorist itu hanya seorang rakyat yang berjuang untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman penjajahan! Begitu juga dengan Syeikh Ahmad Yassin dan sahabat-sahabat lain di di Palestin dan negara-negara Islam lain yang sedang dijajah.
Mereka hanya mahu kemerdekaan untuk mengamalkan Islam. Mereka berjuang untuk memelihara Islam dan ajaran agama mereka.
Apa yang mereka mahukan? Kuasa? Pemerintahan? Mengapa golongan ini sanggup bertumpah darah, berpisah dengan keluarga, di buru dan difitnah. Mereka hanya mahu menjadi insan yang merdeka. Kerana agama Islam adalah untuk insan-insan yang merdeka. Pertama, Islam perlu merdeka kerana ia bukan hanya untuk orang Melayu atau Arab sahaja, tetapi ia untuk semua manusia.
Dan yang paling penting, Islam memberikan realiti erti kemerdekaan yang sejati apabila mengajar manusia itu tidak berharap sesama manusia, sebaliknya mengharapkan segala-galanya, baik rezeki dan kebaikan hidup di dunia, semata-mata kepada Allah s.w.t. sahaja. Inilah sebenarnya satu kemerdekaan sejati.
Berbalik kepada zaman penjajah sebelum ini, ketika British menjajah Tanah Melayu, mereka menggelarkan Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Bahaman, Mat Kilau dengan gelaran yang sama, iaitu pemberontak kerana menentang penjajahan mereka.
Lihat hari ini, jelas Barat menggunakan tektik yang sama, iaitu memburuk-burukkan serta menggelarkan umat Islam yang menentang mereka dan Israel sebagai terorrist bagi menakut-nakutkan yang lain.
Umat Islam, khusus di negara ini perlu sedar, dalam situasi terkini perkembangan dunia, penjajahan alaf baru sebenarnya lebih hebat dari penjajahan fizikal. Penjajahan pemikiran yang menyebabkan bukan sahaja kehancuran identiti jati diri, bahkan boleh menghapuskan akidah dan iman secara perlahan-lahan.
Hari ini, cabaran terhadap umat Islam bertambah tegar. Umat Islam perlu ada kesedaran dalam diri, bahawa perjuangan kemerdekaan akidah dan iman masih belum selesai. Perjuangan hari ini lebih parah, kerana musuh yang menyerang itu tidak menjelma secara realiti, tetapi ia datang dengan bentuk hiburan dan keseronokkan, sehingga menyebabkan ramai yang lalai dan menganggap musuh itu sebagai kawan.
Kita tidak akan dapat membangkitkan tamadun Islam, dengan cara kurang bersungguh-sungguh. Jihad menurut definasi ulama ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah s.w.t.
Sebab itu, selain daripada melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita juga perlu ikhlas dalam usaha ini dan hanya mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. semata-mata dan tidak kerana kepentingan diri sendiri.
Di dalam Islam, sekiranya sesebuah negara di serang, maka secara otomatik perintah jihad qital terhadap umat Islam akan bermula. Islam memerintah umatnya agar memelihara bukan sekadar agama, tetapi juga bangsa dan negara.
Tetapi dalam keadaan aman dan tenang seperti di negara ini, umat Islam sebenarnya tetap perlu berjihad iaitu dengan menilai dan meneliti serta memperbaiki segala kepincangan serta masalah dalaman yang sedang dihadapi. Cabaran membangunkan kembali pemikiran, perpaduan, persaudara, peningkatan ilmu dan ekonomi di kalangan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini adalah satu perjuangan baru bagi generasi Melayu Islam moden hari ini.
Islam tidak mengajar umatnya agar menjadi lemah dan jahil, sebaliknya Islam mengajar umatnya agar bijaksana, beriman, ikhlas dan berbuat sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua manusia. Dan itu adalah antara perkara-perkara yang menjadi faktor menyebabkan umat Islam kini lemah dan berpecah belah.
تهذيب وتأديب الصغار في المكتبة التراثية
-
تناول علماء الإسلام منذ العصور المبكرة موضوع الطفولة بعمق، مركزين على
الأحكام الشرعية والتربية الأخلاقية لتنشئة الأطفال كأفراد فاضلين. رغم اهتمام
العلماء...
8 jam yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan