DUNIA ISLAM

Tunjuk Perasaan Berlaku Hampir Di Seluruh Negara Umat Islam Hari Ini.

Ahad, 10 Januari 2010

PERBAHASAN ILMIAH ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN UNTUK SELESAIKAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH

Isu penggunaan nama Allah kini terus hangat menjadi perbualan rakyat di negara di kedai-kedai kopi, restoran, masjid dan pastinya di gereja-gereja. Apatah lagi, apabila menyaksikan kejadian sebuah gereja di bakar, dua dilempar dengan molotov cocktail, manakala satu lagi menerima ancaman. Jelas di negara ini, isu agama bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Apatah lagi, dalam keadaan umat Islam yang jahil dan mudah dipengaruhi, serta terbukanya...

Rabu, 9 September 2009

EMAS SEBAGAI MATAWANG DUNIA

Ketika membelek-belek tajuk-tajuk menarik yang terpapar di beberapa blog yang sering saya kunjungi, termasuklah blog chedet, saya tertarik dengan posting terbaru chedet, berkenaan satu laporan dari Blomberg yang melaporkan, bahawa UN kini sedang mencari satu matawang baru, bagi menggantikan US Dollar sebagai matawang perdagangan antarbangsa.Apabila membaca laporan tersebut, saya teringat akan cadangan Tun Mahathir tentang penggunaan dinar emas pada...

Isnin, 10 Ogos 2009

ALLAH ADA DI MANA-MANA?

Baru-baru ini, saya bertemu dengan dua orang sahabat. Perbualan kami, banyak berkisar tentang sejarah Islam, kemunduran umat Islam hari ini, dan juga termasuklah bab-bab tasauf dan akidah. Salah satu perkara yang paling panjang dibincangkan, ialah mengenai di mana Allah.Salah seorang rakan saya itu, dengan tegas mengatakan, bahawa Allah ada di mana-mana. Dia berhujah dengan ayat, bahawa segala yang diciptakan ini, mempunyai zat Allah. Ini bermaksud,...

Selasa, 16 Jun 2009

JANGANLAH JADI SEPERTI ABDULLAH BIN SABA

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat...

Khamis, 2 April 2009

SELAGI MEREKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG...

Ini adalah sekadar contoh, bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak. Mana-mana individu yang digelar ulama, tetapi menyeru kepada perpecahan, kebencian dan permusuhan, mereka tidak layak digelar dengan gelaran tersebut, kerana mereka sendiri sebenarnya tidak faham, apa makna Islam dan mencemar golongan ulama itu sendiri.Tengok dengan mata hati, fikirkan dengan dalil Illahi, contohilah sunnah Nabi...

Ahad, 8 Februari 2009

BERTENANGLAH...

Sedikit sebanyak, situasi politik umat Islam di Perak, telah mencuit hati saya. Apabila saya melihat kepada tingkah laku sesetengah penyokong kepada parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, maka saya jadi tertanya-tanya.Saya bukanlah mahu menyebelahi mana-mana parti atau kumpulan, tetapi apabila melihatkan situasi yang berlaku di Perak baru-baru ini, seakan-akan tidak lagi timbul soal akhlak di kalangan umat Islam apabila...

Jumaat, 6 Februari 2009

PESANAN KEPADA PEJUANG ISLAM

Dalam artikel Dr Asri Zainul Abidin beliau ada meletakkan nasihat al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin.    Nasihat ini beliau rakamkan dalam risalahnya yang bertajuk: Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga memetik ungkapan-ungkapan indah risalah tersebut dalam bukunya: “Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu”. Kata...

Selasa, 9 Disember 2008

APABILA ORANG JAHIL CUBA MENULIS TENTANG ISLAM

Inilah blog yang mempertikai dan membuat kenyataan yang menghina Islam dan umatnya. Kepada umat Islam, jangan kita beremosi dengan kenyataan pemilik blog ini yang sebenarnya terdiri dalam golongan mereka yang jahil. Usah kita berbalah dengan orang jahil. Tetapi berilah orang-orang jahil ini, ilmu tentang Islam. Terangkan Islam dengan penuh tenang dan bukannya bertindak mengikut emosi dan kemarahan. Rujuklah balik pada kaedah dakwah yang digunakan...

Isnin, 1 Disember 2008

SENYUMAN PENUH MAKNA...

p/s : Gambar ini diterima melalui email. Gambar jenazah dua orang syuhada ini, dipaparkan secara eksklusif oleh salah satu media di Indonesia, MuslimDaily....

Selasa, 28 Oktober 2008

BERHATI-HATI DENGAN HADIS PALSU...

BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya...