DUNIA ISLAM

Tunjuk Perasaan Berlaku Hampir Di Seluruh Negara Umat Islam Hari Ini.

KAABAH

Kota Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW.

TEKNOLOGI ILMU DAN NIKMAT DARI ALLAH

Teknologi Seumpama Pisau.Memberi Manfaat Jika Digunakan Untuk Kebaikan. Mudarat Jika Digunakan Untuk Jalan Kebatilan.

IQRA

Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan Kamu Dari Segumpal Darah...

TAURAT-INJIL-AL QURAN

Taurat dan Injil Disempurnakan Dengan Turunnya Al Quran.

Rabu, 22 Ogos 2007

SIAPA HINDRAF MAHU TUNTUT HAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU!?

Belum pun reda isu pelajar berbangsa Cina yang mengkhianati negara, dan tuntutan MCA yang cuba menggesa kerajaan membuka kontrak atau tender kepada semua kaum, namun mereka sendiri kedekut untuk berkongsi ilmu bersama-sama bangsa lain, kini timbul pula isu tuntutan sebuah pertubuhan hindu yang nampkanya cuba menjadi juara, konon-kononnya untuk mendapat gelaran sebagai pembela masyarakat Hindu di negara ini.

Tuntutan yang dikemukan oleh sebuah NGO dari masyarakat India, Hindu Rights Action Force (HINDRAF) baru-baru ini terhadap kerajaan bagi menghapuskan hak orang-orang Melayu adalah sesuatu yang sangat melampau, dan boleh diumpamakan seperti pepatah, melepaskan anjing tersepit. Dan pastinya, tuntutan itu adalah satu cabaran yang bersifat provokasi terhadap bangsa Melayu di negara ini.

Dalam keadaan negara yang sudah lima puluh merdeka, dan hidup secara aman dan bertoleransi, apa lagi yang dimahukan oleh NGO tersebut? Apakah selama ini tidak cukup kuil-kuil yang mereka bina?

Apakah selama ini orang Melayu tidak bertolenrasi apabila terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya akibat jalan di sekitar selayang dan gombak terpaksa ditutup kerana perayaan kaum Hindu?

Malah selama ini, tidak pernah kerajaan dan orang Melayu membiarkan mana-mana kaum, baik Cina dan India mati kebulur di negara ini.

Lupakah HINDRAF dari mana asal masyarakat Hindu di negara ini? Apakah nenek moyang mereka itu lahir di Tanah Melayu, atau lahir di India dan tumpang mencari rezeki di Tanah Melayu? Lupakah mereka pada sejarah?

Bukankah negara yang mereka duduki hari ini, yang mereka kecapi nikmatinya hari ini, secara rasminya bernama Tanah Melayu satu ketika dulu?

Tahukah mereka betapa orang Melayu telah mengorbankan nama tersebut demi untuk menjaga hati kaum-kaum lain, termasuk masyarakat Hindu. Apakah mereka sedikit pun tidak rasa bersyukur dengan apa yang mereka nikmati dan kecapi hari ini atas sikap toleransi masyarakat Melayu sebagai kaum induk di negara ini?

Jika mereka merasakan orang Melayu dan kerajaan di negara ini mendiskriminasikan mereka, maka pintu negara ini terbuka luas untuk mereka pergi. Tidak usah bising-bising dan pergilah dari sini. Cuba hidup di negara asal mereka dan perhatikanlah, adakah di sana, mereka akan mendapat layanan yang istimewa seperti yang diberikan oleh orang Melayu dan kerajaan di negara ini.

Persoalannya, mengapakah mereka cuba menimbulkan perkara-perkara yang sensitif seperti ini? Pernahkah orang Melayu mengungkit agar jangan diberikan kelebihan-kelebihan terhadap bangsa-bangsa selain Melayu kerana mereka ini bukanlah penduduk asal, malah sebearnya adalah pendatang.

Ini adalah Tanah Melayu dan bangsa Melayu memerintah Tanah Melayu bukanlah hanya selepas merdeka, tetapi bangsa Melayu sudah memerintah sejak lebih lima ratus tahun dulu dan orang-orang Melayu ketika itu mempunyai kerajaan yang besar. Dan bangsa lain di dalam negara ini adalah pendatang semata-mata.

Mungkin ini adalah satu tindakan provokasi yang sengaja dicetuskan oleh segolongan masyarakat India yang tertutup akalnya dan mahukan sequence daripada episod Kampung Rawa dan Kampung Medan berulang kembali.

Jika itulah nawaitu mereka, berwaspadalah. Kerana orang Melayu sudah lama menyimpan sabar. Orang Melayu sudah lama menyimpan kekuatan. Jangan diusik harimau yang sedang tidur, kerana kelak, buruk padahnya!!

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini...

-Serban Merah-

Ahad, 19 Ogos 2007

JANJI ALLAH


Berdasarkan kemelut yang melanda umat Islam seperti ditimpa kehinaan, menjadi ummah yang lemah dan berpecah belah, jumud dan tertutup serta bersikap pasif dan mementingkan diri adalah disebabkan sikap umat Islam itu sendiri yang tidak meletakkan keyakinan dan kepercayaan secara total kepada Allah s.w.t.

Dalam erti kata lain, umat Islam hari ini samada lupa, ataupun tidak tahu bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah berjanji kepada golongan yang beriman, akan membantu dan memelihara mereka yang berserah diri kepada-Nya.

Hari ini, umat Islam tanpa sedar lebih meletakkan pergantungan diri dan hidup mereka terutama kuasa dan ekonomi terhadap manusia, sedangkan Allah s.w.t telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar berserah dan bergantung sepenuhnya atas anugerah Allah s.w.t terhadap sesuatu usaha yang dilakukannya.

Antara janji-janji Allah s.w.t kepada mereka yang sentiasa taat serta sentiasa cuba untuk memelihara ketaatan mereka dari sudut ibadah dan akhlak, akan memperolehi keistimewaan yang lebih berbanding dengan orang-orang kufur dan musyrik.

Allah s.w.t. telah membuat deklarrasi di dalam Al Quran bahawa Dia akan memelihara serta membantu golongan yang beriman dalam mengharungi selok belok dunia yang diciptakan Allah s.w.t dengan kadar sementara ini.

Bagaimanapun, Allah s.w.t. telah menetapkan syarat-syarat bagi memperolehinya, iaitu seseorang itu hendaklah terdiri dari kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh. Ini berdasarkan firman-firman-Nya antaranya ialah :

1.Menjadi khalifah di muka bumi

Firman Allah: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi; sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah di redaiNya untuk mereka." An Nur 55.

2.Mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah: "Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman." Ar Rum 47.

"Jika Allah menolong kamu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah." Ali Imran 160.

3.Mendapat pembelaan Allah

Firman Allah: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman." Al Hajj 38.

4.Menjadi wali Allah

Firman Allah: "Allah lah penolong (wali) bagi orang-orang beriman." Al Baqarah 257.

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah mereka yang tiada kekuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah" Yunus 62 dan 63.

5.Mendapat hidayah atau petunjuk

Firman Allah: "Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Al Hajj 54.

6.Orang kafir tidak dapat menguasai mereka

Firman Allah: "Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman." An Nisaa 141.

Namun keadaan hari ini sangat berbeza. Faktor jumud, kemiskinan dan ketinggalan dalam teknologi bukanlah faktor utama keadaan ini berlaku, tetapi ia berlaku kerana kebanyakkan umat Islam hari ini lebih condong kepada gaya hidup orang-orang yang kafir dan menyebabkan bantuan Allah tidak sampai kepada umat Islam hari ini.

7.Mendapat rezeki yang baik dan keberkatan

Firman Allah: "Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka." Al A'raf 96.

Tanpa iman dan amal solehlah yang menyebabkan kemunduran umat Islam sekarang kerana ia menjadi syarat untuk mendapat limpah kurnia nikmat dan rezeki dari Allah.

8.Mendapat kemuliaan

Firman Allah: "Dan kepunyaan Allah lah kemuliaan RasulNya dan orang-orang yang beriman."

9.Mendapat kehidupan yang baik

Firman Allah: "Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita di dalam keadaan mereka beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik." An Nahl 97.

Demikianlah janji Allah kepada mereka yang beriman. Untuk mencapai tahap keimanan ini, maka amal soleh,gigih berusaha ke jalan Allah dan kesanggupan berkorban apa sahaja akan menjadi tukarannya sebelum Allah menunaikan janjiNya.

Rabu, 30 Mei 2007

BAGAIMANA SEKIRANYA AL AQSA DI ROBOHKAN?


Konflik demi konflik, dan yang terbaru, serangan Isreal terhadap para pemimpin Hamas dan penduduk awam Palestin, membuktikan bahawa rejim Zionis ini tidak pernah terfikir untuk berdamai. Segala usaha perdamaian yang dijalankan hanyalah sekadar satu retorik semata-mata.

Lebih malang lagi, apabila dua kumpulan pejuang bersenjata terkuat di Palestin, Hamas dan Fatah pula bertempur sesama sendiri. Pertempuran Hamas dan Fatah menambah lagi satu episod duka umat Islam sejak berpuluh tahun lalu, apabila umat Islam saling berbunuhuan sesama sendiri.

Tidakkah sejarah mengajar umat Islam, bahawa perpaduan itu adalah kekuatan dan perpecahan itu adalah kelemahan dan kehancuran. Mengapakah pertumpahan darah serta perpecahan dikalangan umat Islam kini semakin kritikal? Malah perkara ini mengakibatkan kehancuran maruah dan institusi umat Islam itu sendiri!

Bukankah umat Islam menyembah Allah yang satu, hidup berpandukan Al Quran yang satu dan merujuk kepada hadis-hadis yang sama? Mengapakah boleh terjadi perpecahan di kalangan umat Islam sedangkan sepatutnya kita perpaduan bukan menjadi masalah bagi umat Islam kerana bukankah pada dasarnya kita bersatu dari sudut pemahaman dan pemikiran yang wujud dari al Quran dan Sunnah.

Jika umat Islam berterusan berpecah belah dan tidak menjalankan usaha atau gerakan bagi menyatupadukan umat Islam, maka jelas bahawa umumnya kita masih tidak melaksanakan perintah Allah di dalam Al Quran iaitu perpegang pada tali Allah dan jangan bercerai berat.
Allah juga memerintahkan umat Islam agar jangan berpecah mengikut fahaman agama masing-masing yang boleh menyebabkan dosa yang lebih besar iaitu berpecah belah seperti mana yang berlaku terhadap kaum Yahudi.

Sejarah telah membuktikan bahawa ketika Mujahidden Afganistan yang satu ketika dulu berjaya mengalahkan gergasi Soviet, akhirnya bertempur sesama sendiri dan saling berbunuhan.

Akibatnya, Afganistan kini tetap menjadi satu negara miskin yang boleh diperkotak-katikkan dan dibom pada bila-bila masa oleh kuasa-kuasa besar seperti AS.
Bagaimanakah umat Islam mahu membebaskan al Aqsa dan menyahut seruan dan tangisan bumi suci itu yang seolah-olah kata-kata 'Bangkitlah wahai umat Islam. Al Aqsa kini sedang berada dalam ancaman musuh. Allah Maha Agong dan janjinya adalah benar'?

Sedangkan pada sejarahnya, sebanyak dua kali bumi bertuah itu dibebaskan oleh Umat Islam daripada sebarang kezaliman dan kekejaman pemerintah yang beriman kepada Allah, Al Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.

Dan lebih penting, kedatangan umat Islam setelah membebaskan bumi al Qasa daripad kezaliman dan kekejaman ialah sistem pentadbiran dan pemerintahan yang dijalankan dengan adil dan saksama mengikut Al Quran baik bagi umat Islam dan bukan Islam.

Dalam sejarah, kota Baitul Maqdis telah telah berjaya di letakkan dibawah pemerintahan Islam setelah berada di bawah kekuasaan Byzantium selama beberapa tahun lamanya.
Perang Yarmuk ternyata memberi kejutan kepada angkatan Byzantium apabila tenteranya yang berjumlah 8 kali ganda daripada tentera muslimin, berserakan dihujani terjahan pedang daripada tentera muslimin ketika itu.

Raja Byzantium, Heraculias, menganggap kekalahan anak buahnya kepada tentera muslimin adalah sesuatu yang diluar jangkauan akal. Tentera muslimin yang baru diasah hanya 15 tahun tanpa sebarang kelengkapan yang mencukupi, berjaya mengalahkan tentera kerajaan terkuat di dunia ketika itu selain daripada kerajaan Parsi.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, akhirnya kota Jerusalem dan Baitul Maqdis, berjaya dirampas kembali dan diletakkan dibawah pengawasan dan pemerintahan umat Islam.
Khalifah umat Islam pada ketika itu, Saidina Umar al Khattab diminta hadir sebagai tetamu kehormat untuk menerima kunci bandar tersebut serta membuat perjanjian damai penduduk Jerusalem yang dipimpian oleh Patriach Shafatinyus.

Saidina Umar al Khattab r.a meninggalkan Madinah dibawah pengawasan Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. dan berangkat menuju ke Jerusalem untuk memenuhi permintaan penduduk kawasan tersebut. Apabila tiba disana, beliau disambut oleh penduduk di sana dan seterusnya berlangsunglah perjanjian damai antara pemerintahan Islam dan penduduk di kawasan tersebut.

Dalam buku sejarah dunia Imam at Tabari (310 H), ada dirakamkan teks perjanjian damai tersebut antara wakil umat Islam, Saidina Umar al Khattab dan wakil penduduk Jerusalem, Patriach Shafatinyus.
Kandungannya adalah seperti berikut :

Bismillahirrahmanirrahim
Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar Ketua Negara Islam, kepada rakyat Illiya (nama lama Jerusalem). Dia menjamin mereka akan keamanan dirinya, hartanya bendanya, gereja-gerejanya, salib-salibnya, yang sakit mahupun yang sihat dan semua aliran agamanya. Tidak boleh mengganggu gereja mereka mahupun merobohinya, mengurangi mahupun menghilangkan sama sekali, demikiran pula tidak boleh mengganggu salibnya dan harta-bendanya sama sekali. Tidak boleh memaksa mereka meninggalkan agamanya dan tidak mengganggunya. Tidak boleh bagi penduduk Illiya untuk memberi tempat tinggal kepada Yahudi.


Mereka wajib membayar jizyah (cukai) seperti orang-orang Madain (Iraq). Mereka wajib mengusir orang-orang Romawi sebagai pencuri. Apabila mereka (orang Romawi) ingin meninggalkan Jerusalem secara sukarela, mereka akan dilindungi sehingga ke perbatasan, tetapi apabila mereka ingin tetap tinggal bersama rakyat Illiya, diharuskan membayar jizyah seperti halnya rakyat Illiya.

Dibenarkan bagi penduduk Illiya yang berminat meninggalkan (tempatnya) pergi bersama-sama bangsa Romawi dengan membawa harta-bendanya, mengosongi tempat peribadatannya dan salib-salibnya serta akan dilindungi hingga ke perbatasan yang dianggap aman.
Orang-orang lain yang ingin tinggal diwajibkan membayar jizyah seperti orang-orang Illiya. Dibenarkan sesiapa yang akan pergi bersama-sama orang Romawi dan bagi sesiapa yang akan kembali lagi ke Illiya untuk tinggal bersama-sama ahlinya, tidak akan dipungut ke atas mereka jizyah hingga mereka mendapat hasil.


Perjanjian ini akan dilindungi oleh Allah dan dijamin oleh Rasul-Nya serta dilaksanakan oleh para Khulafa dan ditaati oleh kaum muslimin, selama mereka membayar Jizyah sebagai kewajipannya.

Lihatlah betapa adil dan saksamanya perjanjian yang dibuat oleh seorang pemerintah yang sedang berkuasa terhadap masyarkat yang sedang dibawah kekuasaanya. Bagaimana adilnya perjanjian tersebut dan bagaimana pula terlaksananya segala yang dijanjikan itu oleh pemerintah kaum muslimin, telah mengundang keamanan dalam kehidupan bermasyarakat dan kebebasan beragama di kota tersebut.

Peristiwa tersebut menjadi satu sejarah apabila kota Jerusalem ditawan oleh kaum muslimin tanpa menumpahkan setitis darah serta mengikat perjanjian yang membolehkan penduduk di situ bebas dalam beragama serta hormat menghormati sesama sendiri.

Setelah itu, Baitul Maqdis sekali lagi jatuh ke tangan golongan Kristian sekitar tahun 7 Jun 1099 apabila satu gerakan merampas Jerusalem Paus Rome ketika itu mencadangkan satu pasukan ‘Crusader’, dimana bilangannya mencecah 150 ribu, dihantar ke Jerusalem.

Kempen Paus ini akhirnya direstui oleh Raja-Raja Eropah dan akhirnya tentera yang berpakaian lambang salib di dada mereka, berjaya merampas kota Jerusalem daripada Dinasti Fathimiyyah yang berpusat di Mesir.

Pada zaman itu, wujudnya dua perintahan Islam iaitu Dinasti Fathimiyyah di Mesir, dan Dinasti Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Apa yang lebih malang lagi, kedua Dinasti ini bercakar sesama sendiri ekoran tamak untuk meluaskan wilayah dan kuasa.

Ketika terjadinya peristiwa kejatuhan kota Jerusalem ke tangan tentera salib, Dinasti Fathimiyyah baru saja merampas kota tersebut daripada kekuasaan Dinasti Abbasiyyah.
Ketika serbuan tentera salib ke kota Jerusalem, diriwayatkan hampir 70 ribu umat Islam di sana terbunuh dan dibunuh. Selepas kekuasaan berada di pihak Kristian, umat Islam mula hidup dalam keadaan tertekan, terutama dalam soal ibadat. Masjid al Aqsa Kubbatus Shakrah dijadikan gereja.

Golongan ini telah melakukan penganiyaan terhadap umat Islam apabila berjaya menawan kota ini, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh umat Islam ketika menguasai kota Jerusalem sebelum ini.

Kini, Baitul Maqdis kembali terlepas dari penguasaan umat Islam. Apabila tumbangnya pemerintahan Khalifah Islam yang terakhir di Turki, perlahan-lahan golongan Nasrani dan Yahudi, bersatu untuk menawan kembali tanah Baitul Maqdis daripada penguasaan umat Islam.
Ekoran itu, bermulalah konflik antara Palestin dan Israel yang sehingga kini, tidak ada kesudahannya.

Hampir 50 tahun, selepas pendudukan Israel di tanah Baitul Maqdis, dengan bantuan barat telah meragut ratusan ribu nyawa di antara kedua belah pihak.
Bahkan, golongan Yahudi kini bertindak lebih berani, selain daripada membina benteng-benteng merentasi kawasan penempatan penduduk Palestin, mereka juga berhasrat untuk meruntuhkan Masjid al Aqsa untuk membina kuil ibadah mereka.

Kini, mereka mula menggali kawasan di sekeliling masjidil Al Aqsa atas alasan mencari bahan-bahan artifak sejarah peninggalan kaum Yahudi. Samada benar atau tidak motif penggalian oleh rejim Zionis itu untuk mencari bahan artifak, boleh diragukan. Namun mungkin juga ada benarnya motof penggalian mereka itu, namun bukti-bukti itu mungkin digunakan untuk menguatkan lagi hujah mereka bahawa bumi Palestin adalah hak milik mereka yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka terdahulu.

Dalam isu ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkunjung di Palestin untuk melawat sebuah sekolah yang didirikan di atas pembiayaan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya, kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohammad di BaitulMaqdis secara tidak langsung secara simboliknya menunjukkan keprihatinan umat Islam di Malaysia dan kepimpinan Melayu Islam di negara ini dalam melaksanakan tanggungjawab membantu umat Islam Palestin setakat yang termampu.

Apabila beliau pulang dari Palestin, dalam sebuah wawancara akhbar perdana, Tun Mahathir meminta agar umat Islam tidak berhenti daripada menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Beliau yang turut dihalang untuk solat di Masjidil Al Aqsa oleh golongan Yahudi ketika berada di sana berkata, bahawa umat Islam menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan cara yang lebih terbuka dan mengutuk perbuatan kejam Yahudi terhadap rakyat negara tersebut.
Bagaimanapun di Malaysia setakat ini, belum lagi ada golongan yang bergelar ulama atau para cendekiawan Islam yang menyeru umat Islam agar dan memberitahu tentang tanggungjawab umat Islam terhadap Al Aqsa.

Cukuplah sekadar satu seruan atau meminta pada setiap kali sembahyang Jumat di Malaysia agar mendoakan keselamatan Al Aqsa. Itu sudah pun sebenarnya memadai.
Seharusnya ulama Melayu yang ada hari ini lebih lantang dalam membela saudara Islam di luar sana seperti di Palestin. Malaysia ketika di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad, begitu lantang memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.

Ulama Melayu dan juga NGO Islam sebenarnya perlu bersatu padu dalam membela isu Palestin. Begitu juga dengan kaum Melayu yang terlibat dalam dunia politik. Seharusnya mereka lebih kerap mengadakan apa saja program bersama untuk menyuarakan bantahan terhadap isu Palestin untuk membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia memberikan sokongan yang tidak putus terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Teladan yang ditunjukan oleh pemimpin PAS dan UMNO ketika di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, bersatu dan bersama duduk sebelah menyebelah dalam membela umat Islam Palestin perlu diteruskan dari generasi ke generasi Islam di negara ini sehingga Palestin menjadi sebuah negara bebas dan merdeka satu hari nanti.

KEMATIAN SEBENARNYA TIDAK MENYAKITKAN?

Bila disebut kematian, serta merta hati manusia akan dilanda kegerunan. Mengingatkan kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Sebab itulah, Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang-orang mukmin agar mengingati mati sekurang-kurangnya 20 kali sehari, agar dapat mengendurkan nafsu kenikmatan dunia.

Bagi masyarakat moden hari ini, media massa menyiarkan berita-berita kematian setiap hari. Kematian akibat bunuh diri dan kemalangan, sering kali terpampang di dada-dada akhbar, membuatkan pembaca menjadi risau dan ngeri.

Apabila membayangkan kematian yang bakal datang menjemput, jiwa yang segagah mana pun akan jadi kecut. Manusia sehebat mana sekalipun, tidak dapat menolak undangan maut sekiranya ajal sudah dapat menjemput.

Sering kali manusia menggambarkan bahawa kematian itu akan datang dengan kesakitan. Apatah lagi apabila melihat gambar-gambar mangsa kemalangan yang sering dipaparkan oleh media massa yang begitu mengerikan.

Tetapi benarkah mati itu sakit? Bagaimana sekiranya ada pendapat yang mengatakan bahawa mati itu tidak menyakitkan. Bagaimana sekiranya kematian itu yang sering digambarkan sebagai kesakitan, sebenarnya adalah satu kenikmatan?

Bekas pensyarah Pengajian Islam di Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Musa Fathullah melalui bukunya Perjalanan Rabbani, membawakan beberapa pendapat ulama yang diperkuatkan dengan dalil AL Quran yang menyatakan bahawa kematian itu tidak menyakitkan.

Beliau membawa dalil AL Quran, hadis serta pendapat beberapa orang ulama silam antaranya Hassan bin Ali AL Saqqaf AL Qurasyi, yang mengatakan bahawa kematian itu tidaklah menyakitkan seperti mana yang melekat di pemikiran umat Islam sehingga hari ini.
Bahkan beliau menyatakan bahawa ada sesetengah hadis popular yang meriwayatkan mengenai sakit mati itu adalah daif dan ada sesetengahnya pula adalah palsu.

Menurut beliau, hadis-hadis yang menggambarkan kesengsaraan atau azab yang luar biasa sakitnya yang dihadapi oleh orang yang beriman adalah daif, batil dan palsu serta bercanggah dengan firman Allah s.w.t. di dalam AL Quran.

Dalam surah AL Zumar ayat 42 yang bermaksud :
“Allah mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya-jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang tidak mati dalam masa tidurnya ; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)”

Menurut pendapat Hasan Bin Ali AL Saqqaf al Qurasyi, melalui kitabnya mengatakan bahawa ayat tersebut menjelaskan bahawa tidur juga adalah satu jenis kematian. Ini bermakna Allah s.w.t. memegang jiwa manusia yang belum mati ketika waktu tidurnya.

Ini bermakna sekiranya kematian itu kesakitan, maka manusia akan merasakan sakit ketika mahu terlelap kerana tidur itu juga adalah salah satu jenis kematian yang mengandungi kewafatan di dalamnya.

Menurutnya lagi, sakratul maut adalah sama seperti ketika datangnya mengantuk untuk tidur. Cuma perbezaan antara tidur dan mati ialah ketika orang yang mati, rohnya secara keseluruhan akan berpindah ke alam barzakh.

Manakala manusia yang tidur pula, rohnya tidak dapat mengingati apa yang dilihatnya ketika tidur kerana rohnya akan dikembalikan semula oleh Allah s.w.t. kepada jasadnya.

Dalam surah AL Nahl ayat 32, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa roh-roh orang yang beriman akan sambut oleh para malaikat dengan ucapan selamat sejahtera. Maksudnya :-

“Mereka yang diambil nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat) sambil para malaikat itu berkata kepada mereka, Selamat sejahtera kepadamu ; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan,”

Kebanyakan daripada cerita serta nasihat yang disampaikan selama ini mendakwa bahawa kematian itu mengundangkan sakit yang amat sangat dan menurut beberapa hadis, umpama sakitnya mati itu seperti dipenggal leher dengan pedang sebanyak seribu kali.

Bagaimanapun kesemua hadis-hadis tersebut adalah daif, batil dan tidak boleh digunakan sebagai hujah. Ini memandangkan riwayat daripada hadis-hadis tersebut bercanggah dengan AL Quran bahkan turut bercanggah dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud :

“Dan jadikanlah mati itu sebagai kerehatan bagiku daripada segala keburukan”

Hassan Bin Ali Al Saqqaf di dalam kitabnya membawa sebanyak 14 hadis yang di kategori sebagai hadis yang tidak sahih. Sebahagiannya adalah hadis-hadis daif, batil dan ada yang palsu yang dikutip daripada kitab-kitab lama dan cerita-cerita yang mempunyai unsur Israeliyat.
Antara hadis-hadis tersebut ialah :-

“Kematian yang paling ringan seperti tumbuh-tumbuhan berduri yang ada di dalam bulu (wool). Apakah tumbuh-tumbuhan itu boleh dibawa keluar dari bulu (wool) tersebut tanpa membawa bersamanya sebarang bulu (wool)?”

Menurut Al Hafiz Al Iraqi dalam takhrij Ihya Ulum al Din mengatakan bahawa hadis tersebut adalah hadis mursal (daif) dan di dalam kitab Zidayat al Jami’ al Saghir mengatakan bahawa ia sangat daif. Manakala Al Subky pula dalam kitab Tabaqat al Sayfi’yah mengatakan bahawa beliau tidak menjumpai sanad bagi hadis tersebut.

Antara lain hadis yang dianggap palsu bermaksud :

“Sekurang-kurangnya tarikan maut adalah seperti seratus kali dipenggal dengan pedang”
Hadis yang popular di kalangan umat Islam ini juga menurut Al Iraqi dalam takhrij al Ihya adalah hadis yang daif serta tidak dapat digunakan sebagai hujah.

Manakala sebuah lagi hadis yang membawa maksud :
“Maut (yakni sakitnya) sebagai penebus dosa bagi setiap Muslim”

Hadis ini termasuk salah satu hadis palsu yang dimuatkan dalam kitab AL Mawdu’at(hadis-hadis palsu) yang dikarang oleh Ibn Jawzi dan turut di senaraikan di dalam kita Al La’aali al Masnu’ah fi Al Ahadist al Mawdu’ah.

Hadis-hadis tersebut adalah di antara beberapa hadis yang dikategorikan sebagai hadis daif dan palsu. Hassan al Saqqaf menjelaskan bahawa sakratulmaut tidak bermaksud azab atau kesakitan. Sakratulmaut menurutnya ialah tersingkapnya alam barzakh bagi roh sebelum ia berpisah daripada jasadnya.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah Qaaf ayat 22 yang bermaksud :-

“Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupimu sehingga penglihatanmu pada hari itu menjadi tajam,”

Al Sakrat berasal daripada perkataan al sukr, yang membawa makna keadaan yang mendatang kepada manusia berkenaan dengan akalnya, sama ada hilang atau lemah akalnya. Al sukr bukanlah sama maksudnya dengan al alam (perasaan sakit) dan ini dipersetujui oleh semua pihak.

Maksud al sakran pula ialah keadaan seseorang yang telah hilang perasaannya.
Al Sakrat menurutnya adalah keadaan yang tidak sedarkan diri yang disaksikan oleh sebahagian orang yang menghadapi mati. Tetapi ia tidak berlaku terhadap semua orang. Ini disebabkan cara kematian itu yang berbeza seperti mati dalam tidur, mati mengejut, mati akibat letupan dan sebagainya.

Dalam surah Qaaf ayat 19 yang bermaksud :

“Dan datanglah sakrat al maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu sentiasa lari daripadanya,”

Dijelaskannya maksud ayat tersebut ialah apakah seseorang itu termasuk dalam golongan yang bahagia atau termasuk dalam golongan yang celaka. Khabar gembira atau duka ini akan disampaikan oleh para malaikat kepada setiap hamba Allah s.w.t. yang sedang menghadapi kematian.

Sekiranya insan itu seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh, maka malaikat akan memberitakan rahmat serta ampunan daripada Allah s.w.t. untuk mereka. Dalam surah al Fajr ayat 27 hingga 30, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai, maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”

Manakala bagi orang-orang kafir serta golongan yang mendustakan ayat Allah s.w.t., maka para malaikat akan memukul serta menyeksa mereka. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 50-51 yang bermaksud :

“Kalaulah engkau melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata : Rasakan olehmu seksa neraka yang membakar. Yang demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya”

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad ayat 27 yang bermaksud :-

“Maka bagaimanakah (keadaan mereka) apabila para malaikat mencabut nyawa mereka sambil memukul muka dan belakang mereka. Yang demikian itu adalah dengan sebab mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan (dengan sebab) mereka membenci (apa yang menimbulkan) keredaan-Nya. Oleh sebab itu Allah menghapuskan (pahala) segala amalan mereka.”

Menurutnya lagi, terdapat sebahagian hadis mengenai sakratul maut yang diriwayatkan dalam kitab seperti Imam Tarmizi, Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad yang dikategorikan dalam golongan hadis-hadis daif.

Hassan al Saqqaf juga mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada penjelasan al Quran mengenai keadaan orang-orang mukmin dan kafir dalam permasalahan ini. Dan jangan sekali-kali berpegang kepada hadis-hadis daif, batil apatah lagi yang palsu.

Berdasarkan dalil yang tersebut, gambaran yang mengerikan mengenai maut dan kesakitan yang dikatakan sangat luar biasa ketika menghadapi maut oleh orang-orang beriman, baik ketika menghadapinya dan selepasnya, ternyata membunuh roh atau semangat jihad.

Bahkan keyakinan bahawa maut itu menyakitkan telah berjaya menyuburkan perasaan takut mati sekali gus menumbuhkan benih-benih cinta kepada dunia di dalam hati-hati orang yang beriman.

Sedangkan para sahabat dahulu terkenal sebagai manusia yang mencintai mati lebih daripada kehidupan di dunia. Ini disebabkan mati itu adalah sebagai pintu atau jambatan untuk mereka merasakan kenikmatan berehat daripada segala kesengsaraan dan dosa ketika di dunia.

Apa yang lebih penting lagi ialah orang-orang yang beriman dapat merealisasikan impian terbesar mereka, iaitu bertemu dengan Allah Azzawajalla serta berhimpun dengan orang-orang yang beriman, soleh serta para sahabat dan Rasulullah s.a.w. yang telah mendahului mereka.

Dan ternyata, golongan yang mencintai mati lebih daripada kehidupan dunia seperti mana teladan yang ditunjukkan oleh para Rasul serta sahabat dulu, akhirnya membuatkan mereka mendapat kurniaan Allah dengan memberikan sepertiga kekuasaan dunia dalam genggaman orang-orang mukmin satu ketika dulu.

Sumber Al Islam
Penulis : Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

Rabu, 23 Mei 2007

SEKADAR SATU RENUNGAN….

Mahu tidak mahu, orang Melayu kena akui, masyarakat Melayu hari ini, banyak dilanda masalah. Tidak habis-habis dan tidak putus-putus. Dari hari ke sehari, semakin kronik. Gejala mat rempit, bohsia, rewang, pil kuda, kurang pendidikan, kemiskinan, sumbang mahram dan dadah, kebanyakkannya dipelopori oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

Ini bukan sekadar cakap kosong. Ini adalah fakta. Kalau ada yang tidak percaya, boleh siasat sendiri. Jika menyiasat sendiri adalah lebih baik, sebab ia akan memberikan kesan kesedaran yang lebih tinggi pada dalam diri seseorang itu.

Jelas, kebanyakan yang terlibat dalam gejala sosial seperti ini, kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja. Memang benar, zaman muda dianggap zaman kegilaan. Tapi malangnya, kebanyakan anak remaja hari ini, bukan lagi sekadar kegila-gilaan, tetapi memang benar-benar gila.

Hari ini, remaja berseronok sampai tidak kenal batas-batas mahupun bahaya.

Sebagai contoh, mat rempit, akhirnya berubah menjadi seorang penjenayah, apabila terlibat pula dengan kes-kes ragut dan sebagainya. Berbanding mat rempit dulu, mereka hanya sekumpulan anak-anak muda yang benar-benar gilakan motor dan gila berlumba. Mungkin ada yang terlibat dalam jenayah seperti racing haram dan sebagainya, namun tidak sekronik mat rempit hari ini.

Tetapi hari ini, keadaannya amat berbeza sekali. Tetapi persoalannya, salah siapakah perkara ini berlaku? Apakah sebab musababnya dan apakah kita hanya perlu menyalahkan anak-anak remaja ini sahaja?

Begitu juga dengan anak-anak remaja yang digelar sebagai bohsia. Memang sedap kita memanggil mereka bohsia-bohjan dan sebagainya,tetapi cuba tanya pada mereka yang digelar bohjan atau bohsia, sukakah mereka pada gelaran itu?

Satu persoalan, apakah ada usaha kita, dengan pelbagai cara untuk mendekati anak-anak Melayu yang bermasalah ini? Kita melabelkan mereka ini dengan pelbagai gelaran tetapi pernahkah kita mendekati mereka?

Adakah kita terfikir, apakah pendekatan yang kita ambil selama ini, hanya satu pendekatan yang sia-sia dan merugikan duit belanja? Ini memandangkan masalah sosial orang Melayu tidak pernah selesai, biarpun sudah beratus seminar dan kertas kerja yang dibentangkan. Dan beratus ribu ringgit dihabiskan untuk kuih karipap, mee goreng, nescafe sebagai jamuan ketika berseminar. Namun, masih tidak nampak sebarang penyelesaian bagi masalah ini.

Jadi, apa punca sebenarnya? Mungkin yang pertamanya, method yang digunakan pakai adalah terlalu hambar. Kedua, pendekatan yang tidak nampak kesungguhannya. Dan ketiga pula, mungkin tidak terpancar keikhlasan daripada tindak tanduk dan perkataannya. Boleh dikatakan, pendekatan hari ini lebih kepada bentuk hiburan dan bukannya pendekatan untuk memantapkan iman.

Pendekatan pemantapan iman di kalangan remaja ini sepatutnya lebih diutamakan berbanding daripada pendekatan, mengajak mereka meninggalkan ‘hiburan’ dan melakukan ‘hiburan’ yang lain. Apabila mengajak mereka meninggalkan hiburan dan pergi ke satu hiburan yang lain, maka kesan terhadap diri terutama dari sudut akhlak boleh dikatakan kosong. Hiburan itu tidak salah tetapi menjadikan hiburan sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah pendektan yang salah.

Apabila diajak kepada pendekatan iman, maka keimanan itu akan mengawal semua keadaan termasuk akhlak dan tingkah laku seseorang manusia. Dengan iman juga, boleh menyemai rasa malu pada Allah s.w.t. yang sentiasa melihat baik dalam apa jua keadaan pun, kerana rasa malu kini sudah hilang dalam diri kebanyakkan Muslim hari ini.

Kini, video-video lucah anak-anak Melayu bertebaran di ruang internet. Begitu juga dengan gambar bogel. Malah, ada yang memang tidak segan-segan untuk memberitahu orang lain adengan yang mereka lakukan. 10 tahun lalu, perkara ini tidak terjadi terhadap anak-anak Melayu.

Ini juga melibatkan iman. Bukankah Rasulullah s.a.w. memberitahu kita, bahawa malu itu adalah sebahagian daripada iman? Jadi, ubat bagi mereka yang tidak punya rasa malu hanyalah iman semata-mata.

Keduanya, adalah pendekatan yang ala kadar. Sebagai contoh, seseorang ulama atau daei dikalangan masyarakat Melayu amat disanjung tinggi. Sejak beratus tahun dulu, ramai ulama tanah Melayu yang menabur bakti dan keringat, tanpa mengira apa balasan budi duniawi, antara sebab Islam masih kekal dalam diri dan adat masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.

Hakikatnya, ulama merupakan tonggak semangat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Tetapi apabila masyarakat Melayu dilanda penyakit sosial yang agak kronik, sepatutnya inilah masa untuk merenung dalam-dalam, apakah mereka yang bergelar ulama hari ini, menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang ulama.

Apakah ilmu yang ada dalam diri mereka itu telah sedaya upaya mereka perluaskan agar sampai dakwah Islamiyah terhadap seluruh pelusuk tanah Melayu pada hari ini?

Dan adakah ketika umat dilanda masalah, bahkan telah berlakunya kes-kes murtad, mereka yang bergelar ulama atau ustaz dan ustazah ini lebih suka berceloteh di kaca tv daripada meredah pelusuk kampung bagi bermuzakarah dan memberi nasihat secara berdepan dengan masyarakat Melayu?

Apakah hari ini ustaz atau ulama telah menjadikan ilmu Allah itu sebagai perkara untuk dijual beli dengan tujuan bagi mendapat harta dan kemewahan dunia. Tidak dinafikan, ramai diantara penceramah-penceramah agama yang hidup senang. Rakyat berkereta buruk atau bermotor cabuk, tetapi mereka menaiki kereta mewah untuk pergi memberi ceramah.

Dalam satu hal lain, ulama, pendakwah dan para ustaz perlu turun padang untuk mengetahui punca sebenar masalah yang melanda masyarakat Melayu Islam hari ini. Bayangkan sekiranya seorang ulama yang disegani, sebagai contoh Datuk Harussani, menziarahi anak-anak Melayu yang digelar mat rempit yang sedang melepak di Pertama Kompleks misalnya.

Apa tanggapan mereka? Terkejut itu sudah pasti, tetapi mungkin wujud perasaan kagum dan hormat mereka terhadap ulama-ulama seperti ini. Kezuhudan dan kesederhanaan adalah peribadi yang memikat hati manusia. Ini fakta dan bukan sekadar kata-kata.

Bayangkan sekiranya, seorang mufti yang hebat, selalu keluar di kaca tv, tiba-tiba bersama-sama bersembang di kaki lima, sambil memberi nasihat yang baik-baik kepada mereka. Apa kesannya di hati anak-anak ini?

Tapi, mungkin ada juga yang berpandangan, ini akan menyebabkan ulama itu nanti dituduh mahu berpolitik pula. Ataupun ada sebab-sebab lain yang boleh mencemar imej ulama itu sendiri.

Sebenarnya, dI sinilah terletaknya keikhlasan. Keikhlasan perbuatan yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukan kerana selain Allah, ia akan terpancar bagaikan sinar kepada manusia lain. Keikhlasan hanya kerana Allah inilah sebenarnya menjadi penentu kepada keberkatan dakwah dan kata-kata yang keluar dari mulut seorang ulama atau ustaz.

Ada satu riwayat tentang kisah Sultanul Aulia Syeikh Abdul Kadir Al Jalaini. Dalam riwayat tersebut menceritakan, setiap kali beliau berceramah, ia akan dihadiri oleh puluhan ribu orang.
Dan setiap kali beliau selesai berceramah, hampir separuh daripada jumlah itu yang kebanyakan terdiri daripada orang-orang bermaksiat, akan bertaubat dan kembali kepada akhlak Islam.

Inilah keberkatan daripada mulut seorang hamba Allah s.w.t. yang menyedari hakikat bahawa hidupnya, matinya dan ibadahnya, adalah kerana Allah s.w.t. semata-mata.

Dan setiap Muslim termasuk diri saya, terutamanya para pemimpin, ulama dan daei perlu merenung kembali nawaitu perbuatan mereka. Adakah solid kerana Allah s.w.t. semata-mata atau bercampur baur dengan nafsu duniawi dan kemewahan harta dunia?

Tulisan ini bukan untuk menghina atau menjatuhkan martabat sesiapa, tetapi ia sekadar satu renungan buat kita……

Selasa, 8 Mei 2007

ULAMA ATAU 'CIKGU DISIPLIN'?

Hari ini, suara mufti muda Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin melalui Utusan Malaysia, begitu lantang sekali mengkritik terutama dalam bab-bab amalan ibadah yang bercampur baur dengan adat, serta kepercayaan dan takliq yang langsung tidak bersandarkan pada Al Quran atau hadis-hadis shahih.

Penulis bertemu beberapa orang rakan yang juga terdiri dari wartawan dan penulis, bersetuju dengan tindakan Utusan Melayu memberi peluang kepada mufti muda itu. Sekurang-kurangnya kata mereka, ada perbahasan mengenai adat kaum Melayu yang dianggap sebagai ibadah.

Namun, mereka kurang bersetuju dengan cara mufti muda itu menegur. Kata mereka, agak keras, apatah lagi dalam satu rencana, beliau mengatakan bahawa kebanyakkan guru pondok itu jumud dan tidak maju ke depan.

Penulis turut bersetuju dengan pandangan rakan-rakan. Tidak semua guru pondok itu jumud. Kebanyakan ulama besar di Tanah Melayu lahir daripada pengajian pondok. Apakah mereka itu jumud dan menolak kemajuan? Tentu sekali tidak!

Lihat contoh Syeikh Abdullah Fahim, atau lebih dikenali sebagai Pak Him. Ulama tersohor itu menguasai pelbagai ilmu termasuk ilmu falak, di mana hari ini ia digelar sebagai astronomi atau kaji bintang. Apakah Tok Guru Abdullah Fahim yang lahir daripada institusi pondok ini jumud dan tidak terbuka?

Begitu juga dengan seorang tokoh ulama terkenal di negara ini, Tok Kenali. Pada zamannya, Tok Kenali biarpun seringkali dilihat berpakaian sederhana, berjubah putih lusuh, berserban dan selalu berkaki ayam, tetapi ulama itu mempunyai pandangan yang jauh dalam dunia persuratan atau hari ini digelar sebagai dunia media massa.

Beliau telah menyedari bahawa betapa pentingnya media massa sebagai penghubung dan pemberitahuan antara masyarakat pada masa yang akan datang, telah menyeru umat Islam di setiap negeri agar mempunyai makalah atau surat khabar mereka sendiri.

Bahkan, beliau turut terjun dalam dunia kewartawan dan penulisan, apabila Tok Kenali sendiri menjadi pengarang kepada sebuah majalah Islamik, Pengasuh yang diterbitkan di sekitar negeri Kelantan. Jadi, sudah tentu anggapan mufti muda terhadap perguruan pondok itu jumud dan ketinggalan zaman tidak begitu tepat. Cuma mungkin di masa ini, kualitinya guru pondok agak kurang berbanding dulu.

Dalam satu hal lain, kehadiran mufti muda ini menulis dalam Utusan Malysia, ada juga baiknya. Sebenarnya perbahasan dan perbincangan dalam bab-bab seperti ini perlu digalakkan. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan penuh adab dan tolak ansur berdasarkan dalil. Dr. Sheikh Yusuf Al Qardhawi telah menggariskan beberapa adab-adab ketika berbahas tentang perbezaan pendapat dalam kitabnya yang diberi judul Fikh Ikhtilaf.

Mahu tidak mahu, perbincangan mengenai agama perlu diwar-warkan. Ia perlu diperbesar-besarkan. Bukan untuk bertelagah, tetapi untuk mencari kebenaran tentang sesuatu fakta. Jika ada amalan umat Islam hari ini yang bercanggah dengan amalan Nabi, maka ia perlu ditolak. Namun jika ada amalan yang tidak pernah dilakukan Nabi, namun dilakukan umat Islam hari ini dengan manfaat kebaikan yang banyak, maka ia boleh diperbincangkan.

Ini perlu kerana memandangkan zaman ini, tidak dapat dinafikan, ilmu mengenai sejarah Islam, Fekah dan pelbagai lagi telah mula hilang sedikit demi sedikit terutama bagi generasi muda,
Betapa kroniknya pengetahuan generasi muda Islam hari ini apabila penulis bertemu beberapa anak muda yang tidak lagi kenal siapa itu Umar, Abu Bakar, Usman dan Ali, apatah lagi para sahabat yang lain. Malah, mungkin mereka menganggap Islam itu hanya sekadar salah satu agama, dan tidak ada bezanya dengan agama yang lain-lain. Ini menyebabkan ada diantara umat Islam yang murtad akibat jahil.

Apakah punca perkara ini berlaku?

Inilah akibatnya, apabila ada ulama-ulama yang tidak menggalakkan umat Islam berfikir dan menggalakkan mereka hanya untuk terus percaya dan bertakliq buta terutama dalam bab-bab ibadah.

Seperti mana hal-hal remeh seperti tahlil, doa selepas sembahyang, terus menjadi perkara yang dipertikaikan atau dipersalahkan, sedang perkara itu tidaklah termasuk perkara yang diwajib atau difardhukan. Begitu juga dalam hal-hal bermazhab, di mana umat Islam hari ini digalakkan oleh ulama mereka hanya bertajkliq kepada Syafie semata-mata, tanpa perlu mempelajari pendapat-pendapat imam-imam lain.

Malah, Nabi sendiri tidak pernah menyuruh mana-mana umatnya untuk berpegang atau bertakliq pada mana-mana mazhab dan hanya memerintahkan umat Islam agar kembali kepada al Quran dan hadis bagi mencari penyelesaian sekiranya timbul sebarang perbalahan.Bahkan para imam yang empat itu juga tidak pernah meminta mana-mana umat Islam bertakliq dengan mazhab mereka.

Perbuatan menurut-menurut tanpa mahu berfikir di dalam bab-bab ibadah dan tauhid, adalah sesuatu yang bertentangan dengan perintah al Quran. Di dalam al Quran, banyak ayat-ayat yang meminta manusia berfikir tentang kejadian langit dan bumi, serta tanda-tanda kebesaran Allah yang lain. Dan paling jelas, ayat itu Allah tujukan kepada golongan mempunyai akal serta mahu menggunakannya untuk berfikir.

Islam bukan sebuah agama yang hanya menekankan soal ibadah semata-mata, tetapi Islam itu adalah sebuah agama yang menyuruh umatnya untuk berfikir menggunakan akal mereka berpandukan al Quran dan hadis. Islam juga bukan sebuah agama yang mematikan fungsi akal manusia serta meminta umatnya hanya untuk bertakliq buta. Malah Islam telah membuktikan, bahawa ia adalah sebuah agama yang lengkap dan syumul, termasuklah hal-hal politik dan perundangan.

Dalam hal ini jelas, ulama merupakan pemain penting dalam anjakan minda umat Islam di negara ini. Ulama perlu lebih banyak membaca dan mengkaji. Seseorang yang bergelar ulama atau mufti hari ini tidak boleh terpesona dengan kerusi empuk, bilik luas yang berhawa dingin serta rumah banglo yang besar dan sibuk dengan urusan kerja sampai langsung tidak pedulikan tentang ilmu dan masalah orang awam.

Ulama juga tidak boleh muncul seminggu sekali dikaca tv dan kemudiannya bercakap mengenai kebangkitan Islam! Bolehkah Islam bangkit dengan hanya mendengar ceramah di tv? Seminggu sekali pula tu! Tambah lagi, topik-topik yang dibawa terlalu memualkan dan berulang-ulang sejak tahun 70-an sehinggalah ke hari ini.

Di sini, penulis ingin membuat perbandingan antara ulama Melayu hari ini, berbanding dengan ulama luar, contohnya Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi. Beliau adalah seorang ulama dan pendakwah yang tersohor, tetapi beliau tidak pernah menjarakkan dirinya dari masyarakat. Beliau sentiasa dekat di mata dan hati masyarakat setempat. Beliau begitu zuhud, dan sentiasa sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan.

Dan bagaimana pula sikap golongan yang bergelar ulama atau mufti kita hari ini? Berani penulis katakan, jauh beza bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan tokoh pendakwah itu. Imej ulama Melayu khususnya, dan umat Islam amnya hari ini ialah garang, dan keras. Baik bagi pandangan umat Islam, apatah lagi bagi yang bukan Islam.

Tidak boleh ! Haram! Sesat! Itulah antara kata-kata 'dakwah' bagi menegakkan Islam hari ini yang seringkali keluar dari mulut mereka yang bergelar ulama. Tidakkah ia terlalu rigid dan seolah-olah terlalu keras, dalam usaha untuk mengembalikan maruah umat Islam, terutama dalam bab tauhid dan iman untuk kembali perpegang pada tali Allah? Apakah cara yang keras dan straitght foward itu sesuai dalam usaha dakwah dalam keadaan masyarakat Islam yang diselubungi kejahilan?

Di manakah kelembutan dan akhlak dalam dakwah bagi seseorang yang dianggap sebagai pewaris Nabi? Bukankah Nabi itu amat lembut sikap dan pendekatannya dalam dakwah?
Apakah mereka layak dianggap sebagai pewaris Nabi, jika sikitpun perangai, sikap dan pemikiran golongan ini tidak seperti Nabi? Layakkan mereka digelar ulama, atau lebih layak digelar sebagai 'guru disiplin' yang suka marah-marah bagi umat Islam?

Jumaat, 20 April 2007

FREEMASON-THE SECRET SOCIETY?

Di sebuah biara yang jauh terpencil di perkampungan Scotlandia pada abad ke 14, kelihatan lima orang lelaki berkulit putih, berjanggut dan berpakaian lengkap seperti seorang pahlawan, sedang duduk bertekuk lutut menghadap seorang lelaki separuh umur, berjubah hitam yang sedang berdiri di hadapan mereka.

Kelima-lima lelaki itu menundukkan kepala mereka sambil mendengar penerangan dari lelaki berjubah hitam itu. Lelaki itu mundar mandir dan di belakangnya, terletak sebuah pedang di atas para yang diperbuat daripada kayu.

Setelah selesai memberi penerangan, lelaki itu kemudiannya mencapai pedang tersebut, lalu mengungkapkan ikrar taat setia, lalu dikuti oleh kelima-lima lelaki tersebut dengan lancar hingga selesai.

Lelaki berjubah hitam itu kemudiannya meletakkan pedang ke atas bahu kelima-lima lelaki dihadapannya, satu demi satu. Sebaik sahaja selesai, maka lelaki berjubah hitam itu meminta mereka bangun, lalu mengucapkan tahniah, memberitahu bahawa mereka kini, adalah sebahagian daripada saudara atau The Brotherhood yang dikenali dengan nama The Knight Templar.

Mereka ini adalah diantara pejuang-pejuang salibiyah yang dikatakan bersumpah mempertahankan bumi Palestin ketika era perang salib yang berlansung hampir 200 tahun lamanya.

Itu adalah sebahagian daripada gambaran upacara angkat sumpah para kestaria templar, pada peringkat awal penubuhan organisasi the Knight Templar. Dan pergerakan itu masih lagi wujud. Mungkin pada namanya yang berubah namun agenda dan misinya dikatakan tetap sama. Pergerakan yang dimaksudkan ialah Freemason.

Mungkin ramai diantara pembaca yang pernah mendengar nama tersebut, tetapi kebanyakannya mungkin hanya mendengarnya sekali imbas tanpa mengetahui latar belakang serta matlamat organisasi tersebut secara lebih mendalam.

Dan yang lebih menarik, mungkin ramai yang tidak tahu, cerita-cerita mitos serta misteri di sebalik gerakan yang dikatakan sudah mencecah usia 400 tahun dan masih wujud sehingga ke hari ini.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, Freemason secara umumnya diketahui sebagai sebuah organisasi sosial yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsa.

Dalam kajian para sarjana Barat terhadap pergerakan ini, mereka menemui beberapa fakta yang menimbul persoalan, bahawa Freemason merupakan sebuah organisasi terancang dan wujudnya satu agenda dalaman secara rahsia secara terselindung yang diwarisi sejak zaman Kesatria Templar lagi.

Hari ini, organisasi tersebut mendakwa mereka memiliki seramai lima juta anggota di seluruh dunia. Biarpun ia dilihat sebagai sebuah gerakan yang menjalankan kerja-kerja sosial secara sukarela, namun beberapa misteri dan mitos termasuk upacara ritual yang dilakukan oleh pergerakan ini yang bertentangan dengan pegangan agama samawi, menyebabkan beberapa gereja di barat termasuk ulama Islam melarang penganut masing-masing menjadi anggota gerakan ini.

Jadi, apakah agenda terselindung itu yang menyebabkan pergerakan Freemason ini diragui oleh ramai pihak? Apakah semua dakwaan tersebut sebenarnya hanya mitos dan lagenda semata-mata yang menyelubungi pergerakan ini, atau sememangnya pergerakan Freemason ini adalah sebuah organisasi terancang, bergerak secara rahsia dan yang digelar sebagai the secret society?

Terdapat sebahagian sarjana pengkaji sejarah di Barat yang berkeyakinan, pergerakan Freemason sebenarnya sudah pun wujud di Skotlandia seawal abad ke-14, sebaik sahaja anggota-anggota Kesatria Templar, yang dikatakan sebagai pengasas kepada pertubuhan ini ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.
Pada sekitar tahun 1717, pergerakan ini mula berkembang di benua Inggeris. Setelah berjaya memperluaskan pengaruhnya di benua tersebut, ia kemudian berjaya melebarkan sayap pengaruhnya ke negara Prancis dan akhirnya, ke seluruh benua Eropah.

Ada beberapa cendekiawan barat yang mengatakan bahawa pergerakan ini sebenarnya telah mula tersebar di benua Inggeris lebih awal dari tahun tersebut, iaitu pada tahun 1641. Golongan pengkaji sejarah di barat menjadikan catatan diari seorang kerabat diraja Inggeris yang bernama, Robert Moray, yang mengatakan, dia menjadi anggota rasmi Freemason di sekitar tahun 1641 di Edinburgh, London.

Selain itu, para sarjana barat turut menjadikan catatan diari seorang lagi kerabat diraja Inggeris, Elias Ashmole, sebagai bukti bagi menguatkan lagi hujah mereka, bahawa Freemason sebenarnya sudah bertapak di benua Inggeris pada seaswal abad ke 16 lagi.

Catatan diari Elias yang dipetik oleh Francis A. Yates di dalam bukunya yang berjudul The Rosicrucian Enlightement menyatakan kerabat diraja itu mencatitkan di dalam diarinya, bahawa pada 16 Oktiber 1646, dia secara rasminya telah menganggotai pergerakan Freemason di Lancashsire, England.

Pada 24 Jun 1717, secara rasminya pergerakan Freemason diiktiraf sebagai sebuah organisasi bertaraf antarabangsa. Pada tahun yang sama, Grand Lodge of England diwujudkan. Ketika penubuhan dewan Freemason tersebut, kesemua ahli Freemason yang bernaung di bawah Grand Lodge itu berjanji dan berikrar akan mengikut falsafah: Agama yang boleh diterima oleh semua manusia yang membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia,...menjadi seorang manusia yang baik dan benar.

Apabila wujudnya Grand Lodge of England secara rasmi, maka pengaruh dan idealogi serta matlamat pergerakan ini semakin merebak dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat pula, dan berjaya menjadi salah sebuah organisasi yang kukuh dan berpengaruh di benua tersebut.

Buktinya, apabila presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington, yang dilantik pada 30 April 1789 diketahui umum sebagai salah seorang anggota pergerakan Freemason.
Selain daripada presiden pertama Amerika Syarikat, beberapa orang individu penting dan berpengaruh seperti William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thorton, John Hancock, Philip Livinston dan beberapa orang lagi yang terlibat dalam perjanjian Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1778 juga adalah anggota Freemason.

Kaitan antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan Deklarasi Kemerdekaan 1778 itu dengan pergerakan Freemason turut dijadikan filem yang berjudul The National Treasure, lakonan Nicholas Cage.

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap fakta-fakta sejarah pergerakan ini secara tidak langsung mengaitkan dengan kewujudan agenda rahsia dalam pergerakan ini yang sememangnya sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai persoalan.

Antara agenda yang sering kali dikaitkan dsebagai salah satu agenda utama pergerakan ini ialah membina kembali kuil Haikal Sulaiman. Perkara ini terbongkar apabila ada diantara para sarjana barat yang mengkaji sejarah pergerakan Freemason ini mendakwa, bahwa pergerakan ini sebenarnya sudah wujud semenjak zaman kerajaan Nabi Sulaiman a.s. lagi.
Pergerakan ini kata mereka, terus berkembang sejak terbinanya kuil Haikal, atau The Solomon Temple dan ia bagaikan satu pusaka untuk diwarisi secara turun temurun, dari zaman ke zaman hingga ke hari ini.

Manakala, menurut Christopher Knight & Robert Lomas dalam bukunya yang berjudul The Hiram Key: Pharaohs, Freemasons and the Discovery of the Secret Scrolls of Jesus, pergerakan ini sebenarnya berasal dari ilham para pejuang salibiyah yang bertujuan menjaga dan memelihara Kuil Haikal atau The Solomon Temple itu.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila agenda dan misi rahsia untuk membina kembali kuil Haikal di Baitulmaqdis, yang didakwa betul-betul berada di atas tapak Masjil al Aqsa hari ini, seringkali dikaitkan dengan pergerakan ini.

Golongan dikatakan percaya, mereka perlu membina kembali kuil haikal di Baitulmaqdis di tapak runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat kaum Yahudi di Israel, kerana mereka mempercayai disitulah tapak asal kuil Haikal tersebut.

Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa misteri dan persoalan tentang gerakan ini, terutama dari sudut pemahaman dan falsafah pemikiran kumpulan ini yang dikatakan jauh tersasar dari akidah agama Kristian.

Di dalam sebuah buku yang berjudul Ancaman Global Freemason tulisan penulis Islam Turki, Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan, bahawa penyebaran fahaman materialis dan semua agama itu sama serta falsafah yang berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir terdahulu, sememangnya sedang disebarkan oleh golongan ini kepada masyarakat.
Buku tersebut juga mendedahkan pergerakan ini mempunyai upacara ritual yang tersendiri. Upacara ritual ini pula sebenarnya merupakan upacara angkat sumpah yang diwarisi turun temurun daripada tradisi Kesatria Templar terdahulu.

Namun, beberapa fakta sejarah yang ditemui serta beberapa pengakuan dari mereka yang mendakwa ahli Freemason, membuatkan ada sesetengah pihak pemikir Barat pula meragui, apakah upacara tersebut benar-benar satu upacara angkat sumpah, atau ia sebenarnya upacara penyembahan terhadap dewa-dewa kunoMesir dan Rom, antaranya yang digelar Poisedon?.

Malah, dikatakan, upacara ini diadakan bagi anggota baru berikrar serta berjanji untuk taat setia kepada segala agenda pergerakan ini, sekaligus meletakkan matlamat pergerakan itu mengatasi perkara lain termasuk agama yang dianuti oleh ahli pergerakan tersebut.

Menurut penulis itu lagi, berdasarkan beberapa pengakuan ahli Freemason, pergerakan ini sebenarnya bukanlah sekadar satu pergerakan NGO biasa, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah pergerakan yang berteraskan ideologi agama universal dan bermatlamat untuk menyebarkan kepada masyarakat secara amnya.

Malah, melalui kitab Masonik, menerangkan wujudnya agenda untuk menyebarkan falsafah keagamaan bagi mewujudkan satu agama universal bagi semua manusia di dunia ini.
Antara ayat di dalam teks kitab Masonic itu bermaksud :

“Saat ini, sebuah agama universal sedang wujud, bergerak secara perlahan-lahan, sehingga dapat membangkitkan kesedaran akan hakikat yang sebenarnya…. Dengan agama universal ini, akan terbentuk moral yang sepadan dengan pandangan dunia…. Agama seperti ini akan menyatukan umat manusia dan alam semesta. Itulah MASONRY. Agama ini akan berhubung dari hati ke hati. Kuil agama ini kelak adalah kuil semua manusia.

Sebagaimana pada upacara-upacara Mithra, kita merayakan kelahiran ini dengan memakan roti dan meminum anggur merah. Di sini kita bersatu di dalam kepercayaan bersama yang mempunyai karakter persaudaraan komuniti. Di tahun baru, Saya ingin membaptiskan perjuangan suci kita ini dan mengakhirinya: Makanlah sepotong roti lagi, saudara-saudaraku, kalian adalah penyebar agama ini, biarlah semua orang suci yang berbagi roti ini menjadi teman. Saudara-saudaraku, untuk menjadi saudara sedarah, minumlah seteguk nyala lagi dari gelas anggur kalian. ( Mason, Tahun, 29, No. 40-41, 1981, hal. 105-107)”

Bagi melaksanakan penyebaran ideologi pergerakan ini, golongan Freemason dikatakan mula merencana plot-plot yang lebih tersusun dan disalurkan melalui pelbagai bidang termasuk dari sudut politik.

Selain itu, secara senyap-senyap, mereka juga didakwa menyebarkan fahaman yang digelar sebagai Masonic Ideologi ini melalui media massa, seni, sastera, filem, muzik dan apa sahaja bentuk hiburan yang boleh meraih populariti.

Pergerakan serta perencanaan ini dijalankan dengan penuh berhati-hati, secara rahsia dan bijaksana menyebabkan masyarkat dunia tidak menyedari, sedikit sebanyak mereka sebenarnya sudah mula terpengaruh dengan ideologi yang dibawa oleh kelompok ini. Salah satunya ialah pemikiran materialis dan juga pemahaman semua agama itu sama.

Kelompok itu percaya mereka tidak mampu untuk menghapuskan keyakinan dan kepercayaan terhadap agama samawi. Mereka sedar akan hakikat itu dan golongan ini tidak tergesa-gesa untuk tujuan itu sebaliknya bergerak secara perlahan dan teratur, biarpun ia memakan masa beratus-ratus tahun.

Salah seorang ahli pergerakan Freemason di Amerika mendedahkan bagaimana golongan ini menjalankan agenda rahsia mereka dalam usaha untuk mencapai matlamat pergerakan ini.
“Freemasonry bekerja dengan diam-diam, namun ini adalah kerja bagaikan sebuah sungai yang dalam, yang diam-diam mendorong menuju lautan.”

Manakala menurut majalah Voice yang diterbitkan oleh Lodge di Chicago mengatakan bahawa :
“Maka, secara diam-diam namun pasti dan berkesinambungan, Masonry akan mengisi pemikiran dan ideologi struktur sebahagian besar masyarakat manusia.”

Pergerakan ini tidak dapat dihidu oleh masyarakat kerana golongan ini bergerak bukan di atas bukan sebagai seorang anggota Freemason. Kelompok ini akan berada di tengah-tengah masyarakat, dengan kedudukan dan serta pengaruh yang berbeza-beza, namun mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu menyebarkan ideologi dan falsafah yang diterapkan kepada mereka melalui pergerakan itu.

Seorang bekas pemimpin pergerakan ini di Turki, Halil Mulkus, menjelaskan perkara ini dalam sebuah wawancara sebuah akhbar tempatan negara tersebut beberapa tahun yang lalu:
“Namun sebagaimana kita fahami, segala ideologi yang cuba diterapkan terhadp masyarakat oleh kelompok ini sebenarnya tidak lebih dari satu pembohongan semata-mata. Falsafah yang menjadi ideologi pergerakan ini sebenarnya berakar umbi daripada pemahaman serta kepercayaan dari pelbagai sumber termasuk mitos-mitos Mesir Kuno, Yunani Kuno, dan Kabbalah.

Mereka cuba untuk menyampai dan menyebarkan falsafah yang berdasarkan mitos ini kepada masyarkat dengan cara yang boleh diyakini oleh manusia termasuk dengan menggunakan ilmu sains dan logik akal. Sebenarnya, kelompok ini menipu diri sendiri, dan cuba untuk menipu orang lain. Dalam era globalisasi, inilah peranan ”Freemasonry Global”.

Buku tersebut mendedahkan, bermula dari kurun ke 18 dan ke 19, golongan ini cuba membangkitkan pelbagai persoalan tentang agama terutama dikalangan pengikut agam samawi bagi menimbulkan keraguan di dalam jiwa mereka melalui pelbagai corak pemikiran serta pemahaman ideologi. Antaranya ialah ideologi rasisme, fasisme, sekular dan juga komunis.
Malah golongan ini bertindak lebih jauh apabila menjadi penyokong kuat penyebaran idealogi Darwinisme yang mengatakan bahawa manusia itu berasal dari haiwan, yang secara jelas menolak wujudnya Tuhan dalam kehidupan manusia di dunia ini.

Sikap menolak kefahaman bertuhan sebenarnya merupakan punca berlakunya konflik perang, kekejaman, kelaparan dan pelbagai bencanan serta kemerosotan moral yang begitu teruk dan ketara, seperti yang kita saksikan hari ini, akibat daripada idealogi dan falsafah hidup yang menolak agama.

Dan pergerakan Freemason adalah antara yang menyokong dan mempelopor kebebasan beragama dan paganisme (menyembah berhala- samada berhala itu wujud dalam bentuk atau tidak) dengan menggunakan mitos dan kepercayaan nenek moyang mereka yang diwaris dari turun temurun sejak beratus, atau mungkin beribu tahun sebelum ini, mungkin kini sedang menimpa masyarakat dunia tanpa disedari.

Sebenarnya, ada lagi beberapa persoalan mengenai mitos dan kepercayaan yang dianuti oleh kelompok ini yang masih lagi menimbulkan tandatanya sehingga ke hari ini. Apakah mitos dan misteri itu yang masih belum terungkai? Tunggu pendedahan kami pada keluaran yang akan datang.


Sumber :Majalah Mastika

Selasa, 17 April 2007

KEPENTINGAN TEKNOLOGI UNTUK DAKWAH, EKONOMI DAN KETENTERAAN

Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, memiliki kesungguhan dalam bidang reka cipta memang tepat pada masanya. Ini memandangkan kebanyakan dari dunia Islam hari ini amat lemah dari sudut penyelidikan reka cipta berteknologi.

Menurut beliau,untuk melahirkan masyarakat ulul albab menjelang tahun 2020 nanti, usahanya perlu bermula hari ini. Apatah lagi, teknologi hari ini begitu berkait rapat dengan sistem urusan manusia pada setiap hari.

Jika dilihat daripada segala peralatan teknologi yang ada pada hari ini seperti telefon bimbit, komputer riba, mesin basuh, televisyen dan bermacam-macam lagi, kebanyakannya adalah hasil daripada ciptaan dan penyelidikan bukan Islam.

Jelas, hari ini golongan yang menjadi jaguh dalam dunia penciptaan barangan berteknologi kebanyakannya terdiri daripada golongan bukan Islam.Dan agak malang, apabila golongan ini menguasai bidang teknologi, manakala Islam pula hanya menjadi pengikut dan pengguna.
Amerika Syarikat contohnya, sanggup membelanjakan ratusan bilion dollar untuk digunakan bagi penyelidikan penciptaan alatan berasaskan teknologi terkini. Tidak hairanlah apabila AS muncul sebagai antara negara yang terkini dan moden dalam pencapaian dalam dunia teknologi, terutama daripada sudut ketenteraan pada hari ini.

Tetapi malangnya, mereka ini menggunakan pencapaian teknologi, terutama yang berkaitan dengan senjata untuk menjadi satu sumber perdagangan yang membawa keuntungan besar bagi mereka. Peperangan yang dilihat oleh masyarakat dunia hari ini sebenarnya adalah satu ujikaji serta pendekatan perniagaan yang membawa keuntungan kepada satu pihak, dan kemusnahan serta kematian kepada pihak yang lain.

Jika dilihat daripada konteks bidang reka cipta dikalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia, menurut Prof Dato Khoo Khay Kim, antara kelemahan orang Melayu jika berdasarkan fakta sejarah adalah dari sudut reka cipta.

Kata beliau, orang Melayu bukan tidak kreatif, tetapi ada faktor-faktor tertentu, terutama dari sudut prinsip pemikiran dan hidup menyebabkan orang Melayu jadi begitu. Adakalanya, disebabkan prinsip hidup dan ideologi pemikiran, membuatkan orang Melayu tidak begitu kisahkan sudut pembaharuan, terutama dari sudut teknologi.

Jelas, sebelum kedatangan pedagang asing seperti China dan British, pedagang Melayu berdagang sehingga sampai ke negeri Afrika. Ini membuktikan sifat cekal dan berani yang dimiliki oleh para pedagang Melayu terdahulu sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan pedagang dari bangsa lain.

Namun akibat kurang usaha serta pemikiran yang berkonsep janji ada sudahlah, faktor ini menyebabkan pedagang Melayu yang berdagang menggunakan jalan laut mula tewas dengan persaingan dari bangsa Cina dan Inggeris yang turut menjalankan aktiviti perdangangan mereka di sekitar Asia termasuk tanah Melayu.

Berbalik kepada teknologi, bidang ini jugaturut disebut melalui gambaran sejarah dan kiasan yang terdapat di dalam Al Quran. Kitab suci itu sebenyar, bukan sahaja menceritakan syariah sahaja, tetapi juga termasuk langit, bumi, matahari, bulan yang terang-terang termasuk dalam bidang sains.

Banyak lagi ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam, langit dan bumi untuk manusia memikirkannya. Bagi membukti kebenaran firman dan keagungan Allah seperti yang tersebut di dalam al Quran, tidak ada jalan lain kecuali melalui ilmu sains untuk manusia mengkajinya.

Ini jelas dilihat daripada hasil-hasil penciptaan umat Islam ketika zaman pertengahan. Para ilmuwan Islam terdahulu mempelajari dan mengkaji ilmu-ilmu geografi, sains, matematik dan mencipta teori serta peralatan sains yang mengkagumkan, adalah berdasarkan iman serta pemahaman mereka terhadap apa yang diperintahkan oleh Al Quran.
Dan terbukti, segala kajian dan hasil penciptaan mereka, dijadikan bahan rujukan dalam dunia sains termasuk para cendekiawan barat sehingga ke hari ini.

Di Malaysia, kerajaan juga perlu membantu secara lebih serius tehradap mana-mana pertubuhan, persatuan ataupun indidvidu yang terlibat dalam bidang penyelidikan teknologi. Galakan dan bantuan dana kerajaan amat penting bagi membantu mewujudkan individu atau kumpulan yang dapat menghasilkan penemuan teknologi terkini.

Contohnya Zulkifli Harun. Beliau dilihat begitu komited dalam usahanya menjalankan pennyelidikan dalam penghasilan barangan yang berteknologi tetapi sayangnya, beliau terpaksa terkial-kial sendirian tanpa sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

Kepentingan dalam penggunaan dan penyelidikan dan penghasilan teknologi tidak dapat dinafikan pada dunia moden hari ini. Negara Jepun boleh dijadikan contohnya. Selain muncul sebagai sebuah negara Asia yang menjadikan teknologi sebagai gaya hidup, Jepun adalah antara negara yang memperolehi pendapatan tahunan tertinggi hasil daripada penjualan penciptaan teknologi untuk kegunaan ramai.

Daripada penyelidikan teknologi, seterusnya kepada penghasilan barangan berteknologi, pendapatan setahun negara Jepun hasil daripada penjualan barangan ciptaan berteknologi selama setahun bersamaan dengan pendapatan 58 buah negara OIC selama tiga tahun! Jepun tidak perlu bergantung bahan mentah tetapi mempergunakan akal dan kepekaan menurut zaman terkini sudah cukup untuk menjadikan Jepun muncul sebagai sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi di rantau Asia.

Di Malaysia, ramai profesor yang dilihat berjaya dengan hasil penciptaan berteknologi yang tidak kurang hebatnya. Begitu juga dengan hasil-hasil ciptaan anak Melayu yang dipertandingkan di Geneva, berjaya memenangi hadiah-hadiah utama dalam pertandingan tersebut. Jelas, kreativiti bukan satu masalah tetapi, istiqamah dan prinsip pemikiran umat Islam perlu berubah kepada kefahaman al Quran yang relevan dengan situasi terkini demi kepentingan Islam dan ummah secara keseluruhannya.

Sabtu, 14 April 2007

Muslim world asked to rise for saving Al Aqsa from Zionist destruction

Jamaat-e-Islami Pakistani has expressed strong concerns against the Zionist conspiracy to demolish the historical Al-Aqsa Mosque in Jerusalem, warning that if Israel was not stopped from undermining the first Qibla of Islam then the Middle East would become flashpoint of global destruction.

The warning was issued by the party's central Shoora (consultative) council in a resolution passed on the issue of Palestine and Al Aqsa Mosque in its 3-day meeting chaired by Qazi Hussain Ahmad.

The Shoora congratulated Hamas and Fatah for their historic reconciliation and appealed to the Palestinian nation to forge complete unity to frustrate the Zionist conspiracy and to liberate their homeland from Israeli occupation.

It praised Hamas leadership for trying to establish a national unity government despite having a majority, and expressed sorrow that PA president Mahmoud Abbas refused such a government and tried to thwart Hamas government by "blocking salaries to workers and other development funds under US dictates".

The Shoora expressed gratitude that the conspiracy to make Palestinians fight against one another was finally frustrated despite US and Israeli supply of arms to the Fatah group.
The Shoora urged the Muslim rulers to rise up to their basic and religious responsibility of saving Al-Aqsa Mosque by taking practical measures, reminding them that such a response in 1969 resulted in creating OIC to protect Al-Aqsa.

It demanded of Muslim governments to abort the US plan of forcing Muslim countries to recognize Israel, and to make it clear to Washington that if it continued to patronize "Zionist terrorism" against Palestinians then the Muslim world would be forced to revoke all agreements with Washington.

The Shoora warned that present digging under Al-Aqsa to demolish the historical Muslim site and construct the alleged Temple in its place is but part of the numerous Zionist conspiracies against Islam.

Shoora cited the statement of the first Israeli prime Minister Ben Gurion which said that "Israel is meaningless without Al Quds and Al Quds is meaningless without the Temple." It warned that during the past year Israel had secretly constructed seven large structures under the Aqsa mosque and Israeli clergy has prophesized that year 2007 was most suitable for constructing the Temple.

Shoora expressed sorrow that the Israeli lobby controlling the affairs of Washington administration was imposing Zionist policies upon the whole world particularly in the Middle East, and it was the responsibility of every justice-loving citizen of the world to play his role in blocking the Zionist conspiracies against the Palestinians and the Muslim world at large.

Source : Palestinian Info Center

KENAPA DAN MENGAPA?

Ini ada beberapa fakta tentang punca-punca kegemilangan tamadun Abbasiyah dan juga beberapa punca yang menyebabkan tamadun itu rebah tersungkur. Semoga ini dapat memberikan kita sedikit pengajaran dan teladan.


1. Kegemilangan kerajaan Abbasiyah

· Sistem pentadbiran :
i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah
ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara

· Ekonomi :
i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.
ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat
iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll

· Pertahanan
i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan
ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam

2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Kestabilan politik
- Memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

· Dasar politik kerajaan abbasiyah

- Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan
- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

· Kedudukan baghdad yang strategik

- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat
- Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat
- Perpaduan antara kaum
- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab
- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara
- Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

· Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam
- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat


3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

· Kelemahan pemerintah

- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa Turki dan Parsi

-Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

· Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah

- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas
- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir
- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah

· Perebutan kuasa

-Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah

· Kegawatan ekonomi

- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah
- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

· Perselisihan aliran fahaman keagamaan

- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah
- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja
- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

· Serangan dari luar

- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol )
- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.
- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

4. Iktibar sejarah kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Banyak kemajuan sains dan teknologi eropah di ambil dari zaman kegemilangan abbasiyah melalui tentera salib
· Ciri-ciri kubu pertahanan dan ketenteraan eropah banyak diambil oleh orang eropah

5. Iktibar sejarah kemerosotan kerajaan abbasiyah

· Pentingnya nilai perpaduan
· Peranan khalifah semasa mentadbir negara perlu ditingkatkan dan bukan berharap kepada orang bawahan semata-mata.

Why are Jews so powerful?

By: Dr Farrukh Saleem
The writer is an Islamabad-based freelance columnist

Why are Jews so powerful?There are only 14 million Jews in the world; seven million in theAmericas, five million in Asia, two million in Europe and 100,000 inAfrica. For every single Jew in the world there are 100 Muslims. Yet,Jews are more than a hundred times more powerful than all the Muslimsput together.

Ever wondered why?Jesus of Nazareth was Jewish. Albert Einstein, the most influentialscientist of all time and TIME magazine's 'Person of the Century', was aJew. Sigmund Freud -- id, ego, superego -- the father of psychoanalysiswas a Jew. So were Karl Marx, Paul Samuelson and Milton Friedman.Here are a few other Jews whose intellectual output has enriched thewhole humanity:Benjamin Rubin gave humanity the vaccinating needle.

Jonas Salk developed the first polio vaccine.Alert Sabin developed the improved live polio vaccine.Gertrude Elion gave us a leukaemia fighting drug.Baruch Blumberg developed the vaccination for Hepatitis B.Paul Ehrlich discovered a treatment for syphilis (a sexually transmitteddisease).Elie Metchnikoff won a Nobel Prize in infectious diseases.Bernard Katz won a Nobel Prize in neuromuscular transmission.

Andrew Schally won a Nobel in endocrinology (disorders of the endocrinesystem; diabetes, hyperthyroidism).Aaron Beck founded Cognitive Therapy (psychotherapy to treat mentaldisorders, depression and phobias).Gregory Pincus developed the first oral contraceptive pill.George Wald won a Nobel for furthering our understanding of the humaneye.Stanley Cohen won a Nobel in embryology (study of embryos and theirdevelopment).

Willem Kolff came up with the kidney dialysis machine.Over the past 105 years, 14 million Jews have won 15-dozen Nobel Prizeswhile only three Nobel Prizes have been won by 1.4 billion Muslims(other than Peace Prizes).

Why are Jews so powerful?

Stanley Mezor invented the firstmicro-processing chip.Leo Szilard developed the first nuclear chain reactor.Peter Schultz, optical fibre cable;Charles Adler, traffic lights;Benno Strauss, Stainless steel; Isador Kisee, sound movies; EmileBerliner, telephone microphone and Charles Ginsburg, videotape recorder.

Famous financiers in the business world who belong to Jewish faithinclude Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), HowardSchultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (DellComputers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins(Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts) Richard Levin,President of Yale University, is a Jew.

So are Henry Kissinger (Americansecretary of state), Alan Greenspan (fed chairman under Reagan, Bush,Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (Americansecretary of state), Casper Weinberger (American secretary of defence),Maxim Litvinov (USSR foreign Minister), David Marshal (Singapore's firstchief minister), Issac Isaacs (governor-general of Australia), BenjaminDisraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (Russian PM),Barry Goldwater, Jorge Sampaio (president of Portugal), John Deutsch(CIA director), Herb Gray (Canadian deputy PM), Pierre Mendes (FrenchPM), Michael Howard (British home secretary), Bruno Kreisky (chancellorof Austria) and Robert Rubin (American secretary of treasury)

In the media, famous Jews include Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABCNews), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chiefTime), Katherine Graham (publisher of The Washington Post), JosephLelyyeld (Executive editor, The New York Times), and Max Frankel (NewYork Times).

Can you name the most beneficent philanthropist in the history of theworld?

The name is George Soros , a Jew, who has so far donated a colossal $4billion most of which has gone as aid to scientists and universitiesaround the world. Second to George Soros is Walter Annenberg, anotherJew, who has built a hundred libraries by donating an estimated $2billion.At the Olympics, Mark Spitz set a record of sorts by wining seven goldmedals.

Lenny Krayzelburg is a three-time Olympic gold medalist.Spitz, Krayzelburg and Boris Becker are all Jewish.Did you know that Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, CharlesBronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, PeterSellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas,Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis and Peter Falk are all Jewish?

As a matter of fact, Hollywood itself was founded by a Jew. Amongdirectors and producers, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple),Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), MilosForman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thiefof Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) are all Jewish.

To be certain, Washington is the capital that matters and in Washingtonthe lobby that matters is The American Israel Public Affairs Committee,or AIPAC. Washington knows that if PM Ehud Olmert were to discover thatthe earth is flat, AIPAC will make the 109th Congress pass a resolutioncongratulating Olmert on his discovery.William James Sidis, with an IQ of 250-300, is the brightest human whoever existed. Guess what faith did he belong to?

Question:So, why are Jews so powerful?
Answer: Education.

Why are Muslims so powerless?

There are an estimated 1,476,233,470 Muslims on the face of the planet:one billion in Asia, 400 million in Africa, 44 million in Europe and sixmillion in the Americas.

Everyfifth human being is a Muslim; for every single Hindu there are twoMuslims, for every Buddhist there are two Muslims and for every Jewthere are one hundred Muslims.

Ever wondered why Muslims are so powerless?

Here is why: There are 57 member-countries of the Organisation ofIslamic Conference (OIC), and all of them put together have around 500universities; one university for every three million Muslims. The UnitedStates has 5,758 universities and India has 8,407. In 2004, ShanghaiJiao Tong University compiled an 'Academic Ranking of WorldUniversities', and intriguingly, not one university from Muslim-majoritystates was in the top-500.As per data collected by the UNDP, literacy in the Christian worldstands at nearly 90 per cent and15 Christian-majority states have a literacy rate of 100 per cent.

A Muslim-majority state, as a sharp contrast, has an average literacyrate of around 40 per cent and there is no Muslim-majority state with aliteracy rate o100 per cent.Some 98 per cent of the 'literates' in the Christian world had completedprimary school, while less than 50 per cent of the 'literates' in theMuslim world did the same.

Around 40 per cent of the 'literates' in the Christian world attendeduniversity while no more than two per cent of the 'literates' in theMuslim world did the same.Muslim-majority countries have 230 scientists per one million Muslims.The US has 4,000 scientists per million and Japan has 5,000 per million.

In the entire Arab world, the total number of full-time researchers is35,000 and there are only 50technicians per one million Arabs (in theChristian world there are up to 1,000 technicians per one million).Furthermore, the Muslim world spends 0.2 per cent of its GDP on researchand development, while the Christian world spends around five per centof its GDP.

Conclusion:
The Muslim world lacks the capacity to produce knowledge.

Daily newspapers per 1,000 people and number of book titles per millionare two indicators of whether knowledge is being diffused in a society.In Pakistan, there are 23 daily newspapers per 1,000 Pakistanis whilethe same ratio in Singapore is 360. In the UK, the number of booktitles per million stands at 2,000 while the same in Egypt is 20.

Conclusion: The Muslim world is failing to diffuse knowledge.

Exports of high technology products as a percentage of total exports arean important indicator of knowledge application.Pakistan's exports of high technology products as a percentage of totalexports stands at one per cent.

The same for Saudi Arabia is 0.3 per cent; Kuwait, Morocco, and Algeriaare all at 0.3 per cent while Singapore is at58 per cent.Conclusion: The Muslim world is failing to apply knowledge.Why are Muslims powerless?Because we aren't producing knowledge.Why are Muslims powerless?Because we aren't diffusing knowledge.Why are Muslims powerless?Because we aren't applying knowledge.

And, the future belongs to knowledge-based societies.Interestingly, the combined annual GDP of 57 OIC-countries is under $2trillion. America, just by herself, produces goods and services worth $12trillion; China $8 trillion, Japan $3.8 trillion and Germany $2.4trillion (purchasing power parity basis).

Oil rich Saudi Arabia, UAE, Kuwait and Qatar collectively produce goodsand services (mostly oil) worth $500 billion; Spain alone producesgoods and services worth over $1 trillion, Catholic Poland $489 billionand Buddhist Thailand $545 billion (Muslim GDP as a percentage of worldGDP is fast declining).

So, why are Muslims so powerless?
Answer: Lack of education.
Quality education to be exact.Uncontaminated education to be precise

Rabu, 11 April 2007

MELAYU MERDEKA

Tahun ini, sudah 50 tahun orang Melayu merdeka. Ini bermakna, selama itu jugalah orang Melayu Islam di tanah air ini mendapat kembali kedaulatan dan hak untuk memerintah di bumi sendiri.

Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia, menjadi tanah jajahan kuasa-kuasa bukan Islam dalam waktu yang lama. Kira-kira 500 tahun. Sudah cukup untuk meruntuhkan segala budaya, semangat, ideologi dan jatidiri. Seperti mana yang berlaku di beberapa buah negara bekas tanah jajahan soviet, yang kini kehilangan identiti jati diri bangsa mereka.

Tetapi tidak bagi orang Melayu di negara ini. Orang Melayu sehingga kini masih lagi tetap berpegang teguh dengan amalan kehidupan mereka, iaitu ajaran Islam. Biarpun ketika Tanah Melayu dijajah, namun orang Melayu sedikitpun tidak terjajah dari segi akidah dan agama.

Malah, penjajah ketika itu terpaksa tunduk dengan kekuatan akidah orang Melayu sehinggakan terpaksa memuliakan Islam dan membenarkan umat Islam mengamalkan ajaran Islam. Dan sehingga kini, Islam masih lagi terpelihara. Walaupun tercalar sana sini.

Para pejuang Islam Melayu tidak kurang hebatnya. Bahkan ada sultan-sultan yang berakhlak mulia, sehingga sanggup menyamar untuk menangkap pencuri. Sehingga kini, Sultan-sultan Melayu di negara ini mengamalkan sikap yang sama, biarpun tidak lagi bersama-sama untuk tangkap pencuri.

Begitulah komuniti pembentukan jatidiri orang Melayu. Semenjak kedatangan Islam di Melaka, maka ajarannya menjadi teras dalam setiap kehidupan dan perbuatan orang-orang Melayu. Baik dari sudut amalannya, mahupun akhlak fizikal dan pemikiran mereka.

Bahkan, selepas itu muncul ramai tokoh-tokoh ulama Melayu yang disegani, bukan sahaja di tanah Melayu, tetapi di seluruh dunia. Ulama-ulama Melayu bukan sedikit yang mengajar di Kota Mekah dan Madinah. Nama mereka begitu tersohor pada waktu itu.

Ketika penjajahan British ke Tanah Melayu, muncul pejuang Melayu Islam. Nama-nama seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman dan ramai lagi, cukup digeruni oleh penjajah British dulu, seperti mana mereka gerun mendengar nama-nama Ahmadinejad, Abu Musaab Al Zarkawi, Shamil Basayev dan ramai lagi pada hari ini.

Kenapa penjajah begitu benci dan trauma dengan nama-nama itu? Kerana mereka itulah pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air mereka. Abu Musaab yang dikatakan terrorist itu hanya seorang rakyat yang berjuang untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman penjajahan! Begitu juga dengan Syeikh Ahmad Yassin dan sahabat-sahabat lain di di Palestin dan negara-negara Islam lain yang sedang dijajah.

Mereka hanya mahu kemerdekaan untuk mengamalkan Islam. Mereka berjuang untuk memelihara Islam dan ajaran agama mereka.

Apa yang mereka mahukan? Kuasa? Pemerintahan? Mengapa golongan ini sanggup bertumpah darah, berpisah dengan keluarga, di buru dan difitnah. Mereka hanya mahu menjadi insan yang merdeka. Kerana agama Islam adalah untuk insan-insan yang merdeka. Pertama, Islam perlu merdeka kerana ia bukan hanya untuk orang Melayu atau Arab sahaja, tetapi ia untuk semua manusia.

Dan yang paling penting, Islam memberikan realiti erti kemerdekaan yang sejati apabila mengajar manusia itu tidak berharap sesama manusia, sebaliknya mengharapkan segala-galanya, baik rezeki dan kebaikan hidup di dunia, semata-mata kepada Allah s.w.t. sahaja. Inilah sebenarnya satu kemerdekaan sejati.

Berbalik kepada zaman penjajah sebelum ini, ketika British menjajah Tanah Melayu, mereka menggelarkan Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Bahaman, Mat Kilau dengan gelaran yang sama, iaitu pemberontak kerana menentang penjajahan mereka.

Lihat hari ini, jelas Barat menggunakan tektik yang sama, iaitu memburuk-burukkan serta menggelarkan umat Islam yang menentang mereka dan Israel sebagai terorrist bagi menakut-nakutkan yang lain.

Umat Islam, khusus di negara ini perlu sedar, dalam situasi terkini perkembangan dunia, penjajahan alaf baru sebenarnya lebih hebat dari penjajahan fizikal. Penjajahan pemikiran yang menyebabkan bukan sahaja kehancuran identiti jati diri, bahkan boleh menghapuskan akidah dan iman secara perlahan-lahan.

Hari ini, cabaran terhadap umat Islam bertambah tegar. Umat Islam perlu ada kesedaran dalam diri, bahawa perjuangan kemerdekaan akidah dan iman masih belum selesai. Perjuangan hari ini lebih parah, kerana musuh yang menyerang itu tidak menjelma secara realiti, tetapi ia datang dengan bentuk hiburan dan keseronokkan, sehingga menyebabkan ramai yang lalai dan menganggap musuh itu sebagai kawan.

Kita tidak akan dapat membangkitkan tamadun Islam, dengan cara kurang bersungguh-sungguh. Jihad menurut definasi ulama ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah s.w.t.

Sebab itu, selain daripada melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita juga perlu ikhlas dalam usaha ini dan hanya mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. semata-mata dan tidak kerana kepentingan diri sendiri.

Di dalam Islam, sekiranya sesebuah negara di serang, maka secara otomatik perintah jihad qital terhadap umat Islam akan bermula. Islam memerintah umatnya agar memelihara bukan sekadar agama, tetapi juga bangsa dan negara.

Tetapi dalam keadaan aman dan tenang seperti di negara ini, umat Islam sebenarnya tetap perlu berjihad iaitu dengan menilai dan meneliti serta memperbaiki segala kepincangan serta masalah dalaman yang sedang dihadapi. Cabaran membangunkan kembali pemikiran, perpaduan, persaudara, peningkatan ilmu dan ekonomi di kalangan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini adalah satu perjuangan baru bagi generasi Melayu Islam moden hari ini.

Islam tidak mengajar umatnya agar menjadi lemah dan jahil, sebaliknya Islam mengajar umatnya agar bijaksana, beriman, ikhlas dan berbuat sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua manusia. Dan itu adalah antara perkara-perkara yang menjadi faktor menyebabkan umat Islam kini lemah dan berpecah belah.

Selasa, 10 April 2007

MANFAAT TEKNOLOGI UNTUK UMMAH

Selari dengan perkembangan dunia teknologi yang serba canggih pada hari ini, negeri Trengganu dianggap sebagai pelopor penggunaan teknologi dalam dakwah, apabila menjadi negeri pertama yang menggunakan layar putih ketika khutbah Jumaat
Pengunaan layar putih ketika khutbah Jumaat adalah sesuatu pendekatan yang relevan disamping dapat memberikan input serta gambaran yang lebih jelas kepada para jemaah.

Penggunaan layar putih akan lebih membuatkan para jemaah lebih tekun dan khusyuk mendengar khutbah disamping melihat slide gambar, ataupun video tanpa suara yang dipaparkan di layar putih.
Mutakhir ini, khutbah Jumaat dilihat sudah berkurangan ‘sengatnya’ terhadap para jemaah. Ini adalah akibat tajuk-tajuk khutbah, serta intonasi penyampaiannya hari ini membuatkan lebih ramai para jemaah dibuai rasa mengantuk, berbanding yang mendengar.

Jemaah yang lalai dan khutbah yang hambar, adalah masalah terbesar umat Islam ketika sembahyang Jumaat. Dalam ibadah itu, khutbah sebelum sembahyang itu adalah penting kerana itulah ketika diperuntukan oleh Allah s.w.t. secara rasmi kepada umat Islam, sebagai medan seruan dakwah terhadap kaum muslimin pada setiap minggu sepanjang hidup.
Namun, apalah gunanya jika peluang keemasan yang diberikan Allah s.w.t untuk menyampai seruan dakwah secara tetap itu, dilakukan secara ala kadar dan jemaah pula mendengarnya dalam keadaan mengantuk, serta pulang tanpa ada sedikit ilmu yang terpalit di hati dan mindanya?

Usaha yang serius perlu dilakukan oleh jabatan dan badan-badan agama kerajaan, untuk membaik pulih pretasi khutbah Jumaat pada hari ini, apatah lagi dalam situasi umat Islam yang agak genting akibat krisis dalaman serta pengaruh barat yang sedang meracuni pemikiran generasi muda Islam hari ini.
Solat Jumaat yang berfungsi sebagai tempat dimana untuk mentarbiah, mendidik dan memberikan pengetahuan kepada umat Islam dengan lebih berkesan, kini tidak lagi berfungsi sepertimana yang sepatutnya.

Apa yang jelas setakat ini, penggunaan layar putih ketika khutbah Jumaat ini, adalah pendekatan terbaik untuk menarik perhatian jemaah yang kebanyakan leka dan tidur, ketika khutbah sedang berlansung.

Sebagai contoh, sekiranya khutbah pada hari itu berkisarkan tentang konsep syukur, maka kita paparkan di layar putih, gambar atau tayangan video tanpa suara yang memaparkan bagaimana kehidupan umat Islam lain, terutama dinegara-negara yang sedang dilanda krisis kebuluran, peperangan dan sebagainya.

Ini akan dapat menarik perhatian jemaah serta secara tidak langsung dapat memberikan kesan yang lebih besar terutama input maklumat bagi kaum muslimin, dalam menghadapi situasi kehancuran moral serta kerapuhan pegangan tauhid terutama terhadap generasi muda.
Tayangan gambar-gambar, atau clip video itu pastinya dapat menimbulkan rasa keinsafan yang lebih mendalam di dalam hati para jemaah, jika dibandingkan dengan hanya mendengar khutbah.

Seperti mana dengan tayangan slot-slot rancangan televisyen yang memaparkan kesengsaraabn hidup seperti siri BersamaMu, berjaya membuatkan ramai penonton menitis air mata apabila melihat sendiri bagaimana kesengsaraan dan juga keperitan hidup yang dialami oleh segolongan insan di negara ini.

Bagaimana sekiranya kisah duka mereka itu hanya disampaikan melalui mulut ke mulut, tidak dipaparkan melalui kaca tv? Pastinya kesan terhadap mereka yang hanya mendengar, tidaklah sehebat kesan terhadap mereka yang melihat, walaupun hanya melalui televisyen sahaja.
Perkara seperti ini mungkin akan banyak menimbulkan spekulasi atau kritikan, terutama berhubung soal-soal bidaah. Soal bidaah sebenarnya sekian lama menghantui umat Islam sehingga ke hari ini, sehingga menyebabkan perpaduan ummah boleh menjadi goyah dan membeawa kepada perbuatan dosa yang lebih besar iaitu berpecah belah.

Sebenarnya, apa yang perlu dilihat ialah dari sudut matlamat pensyariatan solat Jumaat itu. Sembahyang jumaat bukanlah hanya sekadar upacara ritual keagamaan, tetapi ia juga adalah satu konsep motivasi mingguan terhadap umat Islam melalui khutbahnya.
Bukankah Islam itu relevan dengan setiap zaman.Bukankah itu sering diungkapkan oleh para fuqaha dan ulama pada hari ini dan sebelumnya? Justeru itu, pada hari ini, ulama dan para pemikir Islam perlu memikirkan bagaimana kaedah yang menjadikan Islam itu relevan dengan zaman. Penggunaan layar putih ini adalah satu manfaat ilmu Allah untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Zaman ini adalah abad perkembangan teknologi. Dengan teknologi pada hari ini, manusia dapat berhubung sesama sendiri biarpun beribu batu jauhnya. Kini manusia dapat melihat,mengetahui dan bercerita bagaimana keadaan atau budaya sesebuah negara, hanya dengan menonton televisyen atau melayari internet. Kemudahan seperti ini tidak ada pada zaman-zaman sebelum ini.

Belajarlah dengan kaum Yahudi dan Nasrani, bagaimana mereka mengunakan ilmu Allah untuk menjalankan propaganda putar belitkan mereka. Dengan penguasaan ilmu teknologi dan media, golongan ini dapat menguasai pemikiran masyarakat dunia, dan secara tidak langsung, mereka berjaya menerapkan agenda agama dan politik mereka untuk dibenarkan oleh masyarakat dunia keseluruhannya.

Menyusuri dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda pernah kaedah surat menyurat untuk menyampaikan risalah dakwah baginda terhadap para penguasa di beberapa buah negara.

Ini membuktikan, bahawa baginda juga menggunakan sistem komunikasi terkini pada waktu itu untuk menyampaikan dakwah, disamping mengutus utusan-utusan baginda. Sekiranya wujud teknologi seperti yang ada pada zaman ini, apakah baginda tidak akan mengunakannya?
Namun umat Islam hari ini, lebih selesa dengan menumpukan pendekatan dakwah secara tradisional serta mengikut secara membuta tuli tanpa pemikiran dan ilmu. Dakwah adalah satu perbuatan yang memerlukan perancangan.

Golongan yang berdakwah, para cendekiawan serta ulama, perlu berfikir bagaimana untuk menjalankan usaha dakwah yang lebih berkesan terutama dari segi kaedah pendekatannya. Itulah yang dimaksudkan dengan berhemah. Bijak dalam menyesuaikan situasi dakwah asal ianya tidak melanggar batas syarak.

Bukankah Allah s.w.t telah menyuruh kita berusaha dengan upaya yang dikurniakan kepada umat manusia, untuk mencari keredhaan serta dakwah Islamiah, dan kemudiannya hendaklah kita bertawakal kepada-Nya. Sepeti firman-Nya dalam surah al Maidah ayat 35 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
Namun akibat lalai serta menganggap sains dan teknologi tidak diperlukan dalam dakwah, akibatnya umat Islam hari ini menjalankan usaha dakwah dengan pendekatan yang tidak lagi relevan dengan zamanya. Akibatnya, umat Islam hari ini jauh ketinggalan dari pelbagai sudut berbanding dengan kaum yang lain."

Hari ini, pendekatan dakwah yang lebih moden serta berteknologi tinggi diperlukan kerana ia lebih tepat dan sesuai dengan keadaan semasa. Mungkin umat Islam tidak menyedari, penggunaan teknologi dalam usaha untuk menjana keutuhan ummah dari sudut kemantapan akidah dan kejayaan duniawi, juga termasuk sebagai alat yang boleh digunakan menuju kepada matlamat dakwah dan ibadah.

Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa ilmu moden yang wujud pada hari ini adalah kruniaan nikmat dari Allah swt semata-mata. Jadi, sekiranya ilmu Allah itu digunakan untuk menegakkan tauhid, meninggikan kalimah Allah serta menjana perpaduan dan kesedaran dikalangan umat Islam, apakah ia tidak boleh dianggap sebagai alat untuk mencapai matlamat ibadah. Firman Allah s.w.t dalam surah An Nisa ayat 79 bermaksud :

“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....”

Hari ini, kemudahan teknologi dan sains, tidak digunakan sebagai alat dakwah untuk menegakkan Islam. Kebanyakan dari umat manusia hari ini, sering kali menggunakan nikmat Allah ke jalan yang dimurkainya. Golongan yang menyalah gunakan nikmat dianggap ingkar terhadap Allah s.w.t. Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Lihat saja bagaimana Amerika Syarikat menipu penduduk dunia dengan penggunaan media dan teknologi. Dengan hanya sepatah dua kata di kaca televisyen, AS dapat mengaburi mata dunia sehingga menjadikan tindakannya menyerang Iraq satu perkara yang sah, walaupun terang-terang ia adalah satu muslihat, penipuan dan konspirasi.