DUNIA ISLAM

Tunjuk Perasaan Berlaku Hampir Di Seluruh Negara Umat Islam Hari Ini.

Selasa, 9 Disember 2008

APABILA ORANG JAHIL CUBA MENULIS TENTANG ISLAM

Inilah blog yang mempertikai dan membuat kenyataan yang menghina Islam dan umatnya. Kepada umat Islam, jangan kita beremosi dengan kenyataan pemilik blog ini yang sebenarnya terdiri dalam golongan mereka yang jahil. Usah kita berbalah dengan orang jahil. Tetapi berilah orang-orang jahil ini, ilmu tentang Islam. Terangkan Islam dengan penuh tenang dan bukannya bertindak mengikut emosi dan kemarahan. Rujuklah balik pada kaedah dakwah yang digunakan...

Isnin, 1 Disember 2008

SENYUMAN PENUH MAKNA...

p/s : Gambar ini diterima melalui email. Gambar jenazah dua orang syuhada ini, dipaparkan secara eksklusif oleh salah satu media di Indonesia, MuslimDaily....

Selasa, 28 Oktober 2008

BERHATI-HATI DENGAN HADIS PALSU...

BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya...

Rabu, 3 September 2008

ROSAK ULAMA, ROSAKLAH UMMAH

oleh Abu Muhammad ZubairSeruan Datuk Zahid Hamidi terhadap para ulama agar tidak menyebelahi parti politik dianggap amat kena sekali pada tempatnya. Sememangnya, para ulama tidak boleh bersikap condong ke mana-mana pihak, dan membuat keputusan di atas prinsip Islam berdasarkan al Quran dan Hadis.Apatah lagi, dalam keadaan umat Islam, khususnya orang melayu, dalam keadaan keliru akibat situasi politik dalaman yang kini semakin mencabar kedudukan...

Rabu, 27 Ogos 2008

PENJELASAN MUFTI PERLIS TENTANG KONSPIRASI JATUHKAN DSAI

Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak!Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada...

JANGAN BERPOLITIK SEPERTI ORANG TIDAK BERAGAMA

Oleh Abu Muhammad ZubairHari ini, senario politik di negara ini, terutama yang melibatkan parti yang tunggok bangsa Melayu iaitu UMNO dan PAS, kini semakin hangat dan membara. Ini adalah rentetan daripada episod jatuhnya beberapa buah negeri yang selama ini dikuasa oleh BN ke Parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Jelas, senario ini adalah antara penyebab makin hangatnya suasana politik bagi bangsa Melayu. Masing-masing...

Isnin, 18 Ogos 2008

TIADA BIDAAH HASANAH MELAINKAN DHOLALAH- DR. YUSUF AL QARDAWI

Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan...

Sabtu, 19 Julai 2008

WAHABI ATAU AHLUL SUNNAH?

Oleh Abu Muhammad ZubairSaya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Ibu saya adalah anak jati kelahiran Kampung Melayu Balik Pulau, Pulau Pinang. Bapa saya pula, asalnya di Pulau Salim, Besut, Trengganu.Saya bukanlah mahu bercerita tentang asal usul saya dan keluarga, tetapi sedikit sebanyak, asal keturunan keluarga mempunyai kaitan dengan apa yang ingin saya tulis nanti yang ada kaitannya dengan apa yang dikatakan sebagai fahaman wahabi.Dan...

Selasa, 17 Jun 2008

PETANDA DI ANUGERAHKAN ALLAH KEBAIKAN

Menurut Syaqiq Al Balkhi, sekiranya ada lima petanda ini, ia merupakan anugerah atau kebaikan yang diberikan Allah terhadap diri seseorang insan itu.1. Sikap hati yang lembut2. Menitis air mata sesalan kerana dosa yang telah dilakukan3. Zuhud, iaitu tidak mementingkan keduniaan dengan segala kekayaan dan kemegahannya4. Tidak banyak angan-angan kosong berkaitan keduniaan5. Memiliki kesedaran terhadap Allah (Menyembah Allah dalam keadaan 'sedar')Manakala,...

Sabtu, 14 Jun 2008

AL FURQAN -PEMBEZA ANTARA HAK DAN BATIL

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (pembeza antara hak dan batil iaitu al-Qur'an) kepada hamba-Nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya. Kemudian mereka mengambil Ilah selain Dia untuk disembah,...

INSAN PENZAHIRAN SIFA-SIFAT ALLAH

Allah ciptakan manusia dengan kedua-dua tangan-Nya. Dua tangan di sini bermaksud dua sifat Allah. Dua sifat itu ialah sifat Jamal dan Jalal. Sifat Jamal ialah sifat indah, lemah lembut, cinta dan segala yang baik. Sifat Jalal ialah sifat penyiksa, pemusnah, penghukum dan segala yang buruk dan menggerunkan.Manusia itu ibadat cermin yang ada dua sisi atau dua muka. Satu sisi berkilat, licin dan membayangkan. Yang satu lagi gelap, kasar dan tidak membayangkan...

Pandangan Syekh Abdul Kadir Jailani tentang realiti kehidupan dunia

"Pada pandanganku, dunia ini adalah umpama fatamorgana, datang dan pergi, bersifat penipu dan palsu. Sebab itu saya tidak pernah meletakkan kepercayaan kepadanya, dan tidak sama sekali terpikat dengannya kerana dia datang dan pergi terlalu pantas.Berkenaan dengan akhirat pula, saya singgah di situ hanya sebentar sahaja. Bila saya kaji dan perhatikan keadaannya, maka saya dapati masih ada juga kekurangannya. Ia diciptakan buat makhluk, yang mempunyai...

Jumaat, 30 Mei 2008

'ORANG AGAMA' PERLU LEBIH ADVANCE DAN MODEN

Saya bertemu dengan salah seorang pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau ialah Profesor Madya Dr. Kamil Abd Majid, adik kepada Dato Mahmud Zuhdi, yang juga salah seorang pemikir Islam di dalam negara ini.Dalam pertemuan itu, beliau menasihatkan agar orang-orang agama yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah, dalam apa juga pendekatan sekali pun agar sentiasa peka kepada keadaan dunia sentiasa berubah. Manusia secara keseluruhannya,...

PERSEPSI JUMUD POLITIK KEPARTIAN UNDANG PERPECAHAN

Gambar : Utusan Melayu Selain itu, dalam pertemuan itu juga Prof Kamil meluahkan rasa kesal ekoran terlalu banyak cerdik pandai agama yang terjun dalam dunia politik kepartian daripada yang tinggal berkecuali sebagai orang tengah.“Di dalam Islam, politik itu memang wujud. Politik adalah fitrah manusia. Sebagai agama yang diturunkan sesuai dengan fitrah manusia, sememangnya Islam mempunyai cabang politik dalam usaha untuk menjalankan dakwah dan...

Rabu, 21 Mei 2008

PENJELASAN TUN MAHATHIR TENTANG SURAT KEPADA EHUD BARAK-Letter to Prime Minister of Israel

1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.3. The...

Selasa, 20 Mei 2008

DUA SITUASI YANG BERBEZA, TETAPI SEBABNYA TETAP SAMA!

Hari ini perkara yang paling popular menjadi tajuk perbualan di kalangan masyarakat marhain di Malaysia, ialah tentang topik Tun Mahathir keluar dari UMNO. Bukan sahaja Tun Mahathir, tetapi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah juga turut berbuat perkara yang sama.Ini adalah satu kejutan. Mungkin peristiwa ini juga akan tersimpan dalam lipatan sejarah negara, seperti mana sejarah pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Selain itu, jelas ini menunjukkan betapa...

Khamis, 15 Mei 2008

SEJENAK BERSAMA PAK SAID ZAHARI

Oleh Abu Muhammad ZubairBaru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan seorang tokoh wartawan@pejuang kiri yang terkenal, Pak Said Zahari. Biarpun pertemuan kami tidak lama, namun kami sempat berbual terutamanya berkisar dalam bab-bab politik tanahair sebelum dan selepas merdeka.Ini termasuklah isu kebebasan media yang menjadi perjuangan Pak Said semenjak dia menjadi wartawan Utusan Melayu, kemudiannya menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dan seterusnya, sehinggalah ke hari ini.Selain itu, Pak Said juga turut memperjelaskan beberapa isu termasuk...

Selasa, 18 Mac 2008

AHLI PEKEMBAR PERLU ADA PRINSIP!

Oleh Mujahidden MelayuTanggal 8 Mac 2008, berlaku satu sejarah hitam kepada PEKEMBAR atau UMNO dan Barisan Nasional, namun ia adalah satu kemenangan dan kenangan yang amat manis kepada Pakatan pembangkang. Sejak dari tahun 1969, tahun tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei, dan semenjak itulah BN terus menerajui negara dengan tanpa dapat diganggu gugat pembangkang.Hakikatnya, dalam PRU12 baru-baru ini, BN secara rasminya hilang kuasa di empat buah...

Rabu, 5 Mac 2008

YAKINKAH KITA AL QURAN ITU DARI TUHAN?

Al Quran adalah kitab suci yang menjadi pegangan akidah bagi umat Islam. Akidah atau kepercayaan terhadap al Quran tidak perlu dipertikaikan lagi dan ia termasuk dalam salah satu daripada enam rukun iman.Semua umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa al Quran adalah kalam yang dituliskan firman yang datangnya daripada Allah s.w.t., dan disampaikan melalui kekasih dan utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.Biarpun hari ini, setelah hampir 1500 tahun al...