Temuramah khusus dengan Osama Bin Laden Pemberita ABC News John Miller berjalan melalui gunung ganang Afghanistan menuju ke tempat persembunyian rahsia bagi melakukan temu ramah dengan
Berikut adalah temuramah Miller bersama Osama Bin Laden
John Miller: En. Bin Laden, kepada rakyat Amerika anda adalah seorang manusia yang sangat menarik. Seorang yang datang daripada keluarga yang berharta dan cukup selesa tetapi berakhir dengan menjadi seorang pejuang di barisan hadapan. Ramai Rakyat Amerika berpendapat ia adalah keadaan yang sangat luar biasa.(Lokasi persembunyian Bin Laden adalah suatu rahsia yang sangat dijaga)
Osama Bin Laden: Alhamdulillah. Adalah sangat sukar bagi seseorang untuk memahami sekiranya orang itu tidak memahami Islam. Dalam agama kami kita percaya yang Allah menjadikan kita untuk menyembahnya. Allahlah yang menjadikan kita dan menganugerahkan kita agama, serta menyuruh kita melakukan jihad untuk mengangkat kata-kata Allah mengatasi kata-kata manusia yang tidak beriman.
Kita percaya ini adalah bentuk sembahan yang kami ikuti sekalipun dengan kedudukan kewangan yang baik yang kita ada. Ini adalah respons kepada Orang Barat dan orang sekular di dalam dunia Arab yang mengatakan bahawa alasan kebangkitan Islam adalah kerana kesukaran kewangan. Ini adalah tidak betul.
Sebenarnya kembalinya manusia kepada Islam adalah kerana ianya pemberian daripada Allah dan kepulangan mereka adalah dengan kehendak Allah.Ini bukan satu isu yang pelik. Pada zaman jihad beribu-ribu orang muda yang berharta telah meninggalkan Tanah Semenanjung Arab dan kawasan lain untuk pergi berjuang – beratus-ratus daripada mereka mati di Afghanistan, Bosnia, Chechnya. Kami berdo'a Allah akan melimpahkan mereka dengan status Syahid.
John Miller:Anda telah dikenali sebagai "Orang Yang Paling Dikehendaki Di Dunia". Ada yang mengatakan Kerajaan Amerika meletakkan herga berjuta ringgit untuk kepala anda, untuk penagkapan anda. Pernahkah anda memikirkan perkara ini? Adakah ianya merisaukan anda?.
Osama Bin Laden:Alhamdulillah. Apa yang Amerika fikirkan tidak langsung merisaukan kami. Apa yang kami risaukan adalah untuk menyukakan Allah. Amerika menekan mereka yang percaya kepada agama dan haknya supaya mengikuti mereka. Mereka menuduh anak-anak kami di Palestin sebagai pengganas.
Kanak-kanak yang tidak mempunyai senjata yang belum pun mencapai peringkat dewasa. Pada masa yang sama mereka mempertahankan negara Yahudi menggunakan kapal terbang dan kereta kebal, yang mengamalkan polisi untuk memusnahkan masa depan kanak-kanak ini.
Clinton mempertahankan pembunuhan beramai-ramai di Qana dan memenggal kepala kanak-kanak dan membunuh sekitar 100 orang. Clinton mempertahankan dan mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
Kami tidak bimbang dengan pendapat Amerika, atau sekiranya mereka meletakkan harga ke atas kepala kami.Kami orang Islam percaya yang nasib kita telah ditentukan. Sekiranya seluruh dunia memutuskan untuk bersatu dan membunuh kami sebelum masanya, kami tidak akan mati, kehidupan kami telah ditentukan.
Tidak kiranya sebanyak mana tekanan yang Amerika kenakan ke atas Regim di Riyadh untuk membekukan aset kami dan menahan orang daripada menyumbang kepada tujuan murni ini, kami beraqwa kepada Allah.
John Miller: Anda telah mengatakan, "Sekiranya Amerika sangat berani, mereka akan datang dan menangkap saya". Adakah anda fikir ini akan cuba dilakukan oleh negara saya?
Osama Bin Laden:Kami telah melihat kemerosotan negara Amerika dalam masa sepuluh tahun kebelakangan dan kelesuan tentera Amerika yang hanya bersedia untuk perang dingin dan tidak bersedia untuk menghadapi perang yang berlanjutan. Ini telah terbukti di Beirut apabila tentera Marin Amerika cabul lari setelah berlaku dua letupan.
Ia juga membuktikan mereka boleh cabut lari dalam masa kurang daripada 24 jam, dan ini juga telah berulang di Somalia. Kami telah bersedia untuk sebarang keadaan. Kami bergantung kepada Allah.
FATWA KE ATAS RAKYAT AMERIKA
John Miller: En Bin Laden, anda telah mengeluarkan fatwa menyuruh semua orang Islam membunuh rakyat Amerika seberapa boleh, apabila boleh. Adakah ini ditujukan kepada kesemua orang Amerika, cuma askar Amerika, cuma rakyat Amerika di Arab Saudi?.
Osama Bin Laden : Sepertimana yang kami sebut tadi Allah menyuruh kita dalam agama ini untuk membersihkan tanah orang Islam daripada kesemua orang yang ingkar, dan terutamanya Tanah Semenanjung Arab di mana terletaknya Ka'abah.
Selepas Perang Dunia II, Amerika menjadi agresif dan opresif, terutamanya ke atas dunia Islam.Kami terperanjat soalan ini datangnya daripada orang Amerika. Setiap tindakan akan menyebabkan suatu tindak balas yang serupa.
Kita mestilah menggunakan pembalasan sebegini untuk menjauhkan kejahatan kamu daripada orang Islam, anak-anak dan perempuan Islam.
Sejarah Amerika tidak mengenal antara rakyat awam dan tentera, dan sekalipun perempuan dan kanak-kanak. Merekalah yang menggunakan bom ke atas Nagasaki. Bolehkah bom ini mengenal antara bayi dan tentera?. Orang Amerika tidak mempunyai agama yang menghalang ia daripada memusnahkan semua manusia.
Kedudukan anda dengan orang Islam di Palestin sangat memalukan, sekiranya masih ada sifat malu yang tinggal di Amerika. Semasa pembunuhan di Shabra dan Shatilla, kerjasama antara Zionis dan angkatan Kristian telah memusnahkan rumah di atas kepala kanak-kanak. Juga, melalui pengakuan pekerja keselamatan di Iraq, lebih sejuta kanak-kanak telah terkorban akibat daripada sekatan ekonomi seliaan Amerika.
Kesemua ini dilakukan atas nama kepentingan Amerika. Kami percaya pencuri yang paling besar di dunia adalah orang Amerika. Satu-satunya cara bagi kami menghalang serangan ini adalah dengan menggunakan kaedah yang serupa.
Kami tidak membezakan mereka yang berpakaian uniform dan rakyat biasa; mereka semua adalah sasaran dalam fatwa ini. Terutamanya oleh kerana pegawai Amerika yang dibebaskan selepas pengeboman Khobar, telah menggesa semua rakyat Amerika menghubungi Jabatan Keselamatan di Kedutaan Amerika berhubung dengan maklumat mengenai orang Islam dan aktivis Islam.
Fatwa ini meliputi kesemua perkongsian atau yang mengambil bahagian dalam pembunuhan orang Islam, menyerang tempat suci, atau mereka yang membantu Yahudi merampas tanah Islam.
PENGEBOMAN PUSAT DAGANGAN DUNIA
John Miller: Adakah Yousef Ramzi seorang pengikut anda? Adakah anda ingat dia? Adakah anda kenal dia?
Osama Bin Laden: Ramzi Yousef, selepas pengeboman Pusat Dagangan Dunia menjadi personaliti Islam yang terkenal, dan semua orang Islam kenal dia. Malangnya, saya tidak kenal dia sebelum peristiwa itu.Saya ingat dia sebagai seorang Muslim yang mempertahankan Islam daripada keganasan Amerika. Dia mengambil daya usaha untuk memberitahu orang Amerika bahawa kerajaan mereka menindas orang Islam demi memastikan kepentingan Israel, memastikan keselamatan Yahudi. Amerika akan melihat ramai lagi pemuda yang akan mengikuti jejak Ramzi Yousef.
John Miller: Adakah benar semasa Ramzi Youseh ditangkap, ia berada disebuah rumah yang dibiayai oleh anda?
Osama Bin Laden: Apa yang dihebahkan dalam berita dan apa yang kita tahu adalah ia ditangkap disebuah hotel di Pakistan.
RANCANGAN MEMBUNUH CLINTON
John Miller: Wali Khan Amin Shah telah ditangkap di Manila. Pihak berkuasa Amerika percaya dia berkerja dengan anda, dibiayai oleh anda, menubuhkan kem latihan di sana dan rancangan nya adalah untuk membunuh Presiden Clinton semasa lawatannya ke Manila.
Osama Bin Laden: Wali Khan adalah seorang pemuda Muslim. Di Afghanistan ia diberi nama jolokan "Singa". Kami bersahabat baik. Kami berjuang bersama di dalam parit menentang Rusia sehingga Allah menghalau mereka dengan kekalahan yang memalukan. Anda menyebut ia berkerja dengan saya – kami tidak mempunyai sesiapa yang berkerja untuk sesiapa. Kami semua berkeja untuk Allah dan menunggu habuan daripada Nya. Dan mengenai sebutan anda mengenai rancangannya membunuh Presiden Clinton, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Saya tidak tahu mengenainya tetapi ia tidak memeranjatkan.Sebagaimana yang saya katakan, setiap tindakan akan memanggil tindak balas yang serupa.Apakah yang Clinton jangkakan daripada mereka yang ia telah bunuh dan kanak-kanak serta ibu yang mereka telah serang? Ini bukanlah suatu perkara yang pelik.
John Miller: Pihak berkuasa Persekutuan di Amerika Syarikat masih menyiasat tuduhan mereka yang anda mengarah dan membiayai serangan ke atas markas ketenteraan di Khobar dan di Riyadh.
Osama Bin Laden: Kami membangkitkan manusia, orang Muslim, dan membawa fatwa daripada ulama setelah kerajaan Saudi memenjarakan mereka untuk memuaskan kerajaan Amerika. Yang paling masyhur adalah Syeikh Salman Bin Fahd al Odeh, Safad Bin Abdel Rahman el Awli. Jadi kami bawa fatwa ini dan bangkitkan ummah untuk menghalau musuh ini dari tanah suci, sesetengah mereka mendengar, antaranya, Khaled el-Sa'eed, Abdel Azziz el Me'them, Hamood al Hajeri dan Misleh el Samray.
Kami berdoa agar Allah mengurniakan mereka syahid. Mereka telah mengangkat tinggi marwah negara Islam, dan membasuh kehinaan yang kami tanggung akibat daripada kerjasama kerajaan Saudi dengan kerajaan Amerika dalam tanah suci Allah.Kami melihat anak muda ini sebagai wira besar dan syuhada yang menurut jejak langkah Rasul SAW. Kami seru dan mereka sambut. Kami berdoa kepada Allah agar menerima mereka dan mengurniakan keluarga mereka dengan kesabaran.
John Miller: Anda telah dicatitkan di Amerika sebagai ketua pengganas. Kepada pengikut anda, anda adalah wira. Bagaimana anda melihat diri anda?
Osama Bin Laden: Sebagaimana yang saya katakan tadi, kami tidak risau tentang apa yang Amerika kata. Kami lihat diri kami dan saudara kami sebagai penyembah Allah yang menjadikan kita untuk menyembahNya dan mentaati kitab dan RasulNya. Saya adalah seorang daripada penyembah Allah. Saya sembah Allah, yang termasuk juga didalamnya melakukan jihad untuk menegakkan suruhan Allah dan mengeluarkan semua orang Amerika dari tanah Islam.
KEINGINAN MEMUSNAHKAN AMERIKA
John Miller: Tiada seorang pun menjangka mujahidin dapat mengalahkan Rusia di Afghanistan dan ia memeranjatkan semua orang. Apakah yang anda lihat masa depan penglibatan Amerika di Timur Tengah dan menyerang kumpulan seperti anda.
Osama Bin Laden: Kami tahu, NATO yang ditubuhkan oleh Amerika telah membelanjakan 455 billion USD untuk memperbaiki persenjataan mereka untuk melindungi Eropah dan Amerika daripada Rusia, dan mereka tidak pun menembak walau sebiji peluru. Allah bersama orang Islam, mujahidin Afghanistan dan mereka yang berjuang bersama dari negara Islam lain. Kami berjuang menentang Rusia dan Soviet Union sehingga, bukan mengatakan kami kalahkan mereka, tetapi Allah yang mengalahkan mereka, mereka jadi lupus. Ia adalah satu pengajaran kepada siapa yang mahu mempelajari.
Soviet Union memasuki (Afghanistan) dalam tahun 1979 dalam bulan Disember, dan dengan pertolongan Allah bendera mereka digulung pada 25 Disember beberapa tahun kemudian dan dicampakkan ke dalam tong sampah, dan tiada apa yang boleh dipanggil Soviet Union lagi.
Kami pasti kemenangan Allah dan kemenangan kami menentang Amerika dan Yahudi sebagaimana dijanjikan Rasul SAW: "Hari Pembalasan tidak akan sampai sehingga orang Islam menentang Yahudi, dimana orang Yahudi akan menyorok di belakang pokok dan batu, sedangkan pokok dan batu akan berkata `Hai orang Islam di belakang kami ada orang Yahudi, datanglah dan bunuh dia"Kami pasti akan kemenangan kami.
Pertempuran kami dengan Amerika adalah lebih besar daripada pertempuran kami dengan Rusia. Amerika membuat kesilapan yang bodoh yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Mereka lekatkan simbol Islam, Kiblat bagi 200 juta manusia.
Reaksi daripada cerdik pandai dan pemuda Islam sangat menggalakkan.Kami jangka hari hitam bagi Amerika dan pengakhiran bagi USA, dan akan menjadi negeri-negeri terpisah, dan akan berundur dari tanah kami dan mengumpulkan mayat anak mereka untuk dibawa balik ke Amerika. Insy'Allah.
KERABAT DIRAJA SAUDI
John Miller: Bagaimana anda lihat masa depan kerabat diraja Saudi dan penglibatan mereka dengan Amerika dan tentera Amerika?
Osama Bin Laden: Sejarah mempunyai jawapan soalan anda. Mana-mana kerajaan yang menjual kepentingan rakyat dan menghampakan rakyatnya dan mengambil tindakan yang mengeluarkannya dari negara Islam tidak akan berjaya.
Kami jangka pemimpin Riyadh dan mereka yang bersamanya yang berganding dengan Yahudi dan Kristian dan menyerahkan al-Haramein, Mesjid suci, kepada Yahudi dan kristian dengan identiti Amerika atau yang lain akan mengalami kehancuran.
Mereka meninggalkan negara Islam.Kami jangka, seperti keluarga diraja Iran Shah, mereka akan bertempiaran dan bercerai berai. Selepas Allah mengurniakan mereka harta di atas tanah yang paling suci dan berikan mereka kekayaan yang tidak pernah didengar sebelumnya daripada minyak, mereka tetap melakukan dosa dan tidak menghargai kurniaan Allah.
Kami jangka kemusnahan dan kehancuran akan datang kepada mereka sebagai balasan akibat perbuatan mereka menghancurkan negara Islam terutamanya apa yang telah berlaku kepada Iraq.Sabda Rasulullah, "Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing. Ia tidak memberi makan kucing itu dan menghalang kucing itu daripada mendapatkan makanannya sendidri" Dia masuk neraka kerana menghalang kucing itu sehingga ia mati, tetapi apa kata bagi orang yang bersetuju dan memberi alasan kepada tindakan beribu-ribu tentera menghalang berjuta orang Islam di Iraq daripada mendapat makanan.
John Miller: Adakah anda berpendapat kerajaan Arab Saudi mahu tentera Amerika kekal di situ?
Osama Bin Laden: Ia tidak ada bezanya, selagi keganasan, tekanan dan ketamakan Amerika masih wujud. Mereka datang kerana ajakan kerajaan. Tidak ada bezanya sama ada kerajaan mahukan kamu tinggal atau pergi, Kamu akan pergi apabila orang muda menghantar kamu kotak kayu dan keranda, dan kamu akan membawa di dalamnya mayat tentera dan rakyat Amerika. Itulah masanya kamu akan pergi. Ummah Islam akan bergerak ke arah membebaskan dunia Islam. Insya'Allah kami akan menang.
SASARAN AKAN DATANG
John Miller: Terangkan kedudukan apabila orang-orang anda menyerang orang Amerika di Somalia? Adakah anda di sana?
Osama Bin Laden: Selepas Allah mengurniakan kami dengan kemenangan di Afghanistan, dan keadilan dimenangkan dan pembunuhan ke atas mereka yang bertanggung jawab menyembelih berjuta orang Islam dalam republik Islam, ia membersihkan pemikiran orang Islam daripada kepercayaan karut mengenai Kuasa Besar.
Pemuda tidak lagi melihat Amerika sebagai kuasa besar. Selepas meninggalkan Afghanistan mereka menuju Somalia dan bersedia untuk peperangan yang panjang, dengan fikiran bahawa orang Amerika sama dengan orang Rusia, tetapi mereka terperanjat apabila melihat Amerika masuk dengan 3,000 tentera, dan mengumpulkan tentera yang lebih ramai dari negara lain –5000 dari Pakistan, 5000 dari Bangladesh, 5000 dari Mesir, Senegal dan negara lain seperti Arab Saudi.
Para pemuda terperanjat dengan moral yang sangat rendah oleh askar Amerika dan lebih sedar daripada sebelum ini bahawa askar Amerika hanyalah harimau kertas.
Selepas beberapa serangan mereka cabut lari dan Amerika lupa kesemua cakap besar dan propaganda media selepas perang Teluk dan memusnahkan infrastruktur – dan memusnahkan kilang formula bagi kanak-kanak, semua kilang bukan tentera, jambatan dan empangan yang membantu pertanian – mengenai dirinya sebagai pemimpin dunia, dan pemimpin bagi order dunia baru.
Selepas beberapa serangan mereka lupa semua gelaran ini dan pergi mengheret mayat mereka dengan kekalahan yang memalukan dan berhenti menggunakan gelaran tersebut. Dan di Amerika mereka belajar yang gelaran ini jauh lebih besar daripada mereka sebenarnya.Apabila ini berlaku, saya di Sudan, dan kekalahan yang besar ini sangat menggembirakan saya, sepertimana ia menggembirakan semua Muslim.
Insya'Allah kemenagan yang akan datang adalah di Hejaz dan Najd, Arab Saudi, dan ia akan menjadikan Amerika lupa kepada kesedihan semasa Vietnam dan Beirut.
John Miller: Ramai orang Amerika percaya yang peperangan tentera dengan tentera sepertimana yang berlaku di Afghanistan adalah lebih mulia kepada kedua pihak, tetapi melancarkan bom membunuh orang awam dan tidak bersalah seperti di Pusat Dagangan Dunia adalah ganas.
Osama Bin Laden: Dia menggunakan kata-kata yang mereka tidak ikuti. Selepas kemenangan kami di Afghanistan dan mengalahkan Rusia, media dunia dengan diketuai oleh media Amerika memulakan kempen melawan kita, yang mana ia masih berterusan hingga sekarang walaupun sebenarnya Rusia telah pergi sejak 1989, sekitar 10 tahun lalu.
Mereka menjalankanbkempen ini menuduh kami sebagai pengganas tanpa ada tindak balas daripada pihak mujahidin yang menentang pengganas yang sebenar, Amerika. Ini adalah berat sebelah.Dari segi yang lain, polisi Amerika tidak mengakui pembezaan antara orang awam, tentera, dan kanak-kanak, binatang atau manusia.
Contohnya saya sebut adalah Nagasaki dan Hiroshima dimana mereka telah cuba melenyapkan keseluruhan manusia di situ. Apabila berlaku kepada orang Islam, terdapat pengakuan daripada orang Barat dan Kristian yang mengakui akan kematian beratus ribu kanak-kanak di Iraq.
Dan begitu juga di Qana, Sabra dan Shatilla, Dir Yasin dan Bosnia.Tentera Kristian terus menyembelih ibu, adik kakak, dan kanak-kanak kami. Amerika sentiasa membuat keputusan menyokong mereka dan menghalang senjata daripada sampai ke tangan Muslim dan membenarkan orang Serbia terus menyembelih orang Islam.Kamu tidak mempunyai agama yang menghalang kamu daripada melakukan tindakan ini dan oleh itu kamu tidak mempunyai hak untuk menghalang tindakan yang sama.
Setiap tindakan mengundang tindak balas. Ia adalah hukuman yang setimpal dengan jenayah. Pada masa yang sama sasaran utama kami adalah tentera dan mereka yang terlibat dengannya.Agama kami menghalang kami mebunuh anak tak bersalah, wanita yang tidak berperang. Tentera wanita yang terlibat dalam perang menerima layanan yang sama seperti lelaki yang berperang.
KOORDINASI KEGANASAN GLOBAL
John Miller: Adakah terdapat majlis tertinggi bagi ketua berbagai kumpulan seperti anda yang membuat keputusan akan cara dan kaedah menyerang Amerika?Osama Bin Laden:
Selepas Amerika memasukki Tanah Suci, banyak emosi timbul di kalangan dunia Islam, lebih daripada yang pernah kelihatan sebelumnya. Satu perjumpaan besar diadakan beberapa hari lalu di Pakistan, dan ia dihadiri oleh 150 cerdik pandai di Pakistan.
Selepas Amerika memasukki Tanah Suci, banyak emosi timbul di kalangan dunia Islam, lebih daripada yang pernah kelihatan sebelumnya. Satu perjumpaan besar diadakan beberapa hari lalu di Pakistan, dan ia dihadiri oleh 150 cerdik pandai di Pakistan.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berkerja ke arah membebaskan Tanah Suci dan mengkoordinasi usaha antara ummah Islam disekitar sini.Juga dengan izin Allah, cerdik pandai dari Afghanistan, India serta negara Islam lain akan menyampaikan bebagai fatwa masing-masing dan di sini fatwa bersama akan diluluskan.
Kerjasama ini berterusan di antara penyokong awam agama ini. Daripada usaha ini Barisan Islam Antarabangsa bagi Jihad Menentang Yahudi dan Tentera Kristian dibentuk, yang mana kami adalah ahlinya bersama kumpulan lain. Ia mempunyai lembaga yang lebih tinggi yang mengkoordinasi negara Islam yang bangkit untuk melakukan jihad menentang Yahudi dan tentera Kristian.
John Miller: Rakyat Amerika kebanyakan masih belum mengetahui nama Osama Bin Laden, tetapi tidak lama lagi mereka akan tahu. Ada apa-apa pesanan anda kepada rakyat Amerika?
Osama Bin Laden: Saya katakan bahawa rakyat Amerika melantik pemimpin yang bersifat petualang. Ini sangat nyata terutamanya dalam kerajaan Clinton. Kerajaan Amerika, kami fikir, adalah agen yang mewakili Israel di dalam Amerika.
Sekiranya kita lihat jabatan dalam kerajaan sekarang seperti Jabatan Petahanan, atau Jabatan Keselamatan yang sensitif seperti CIA dan lain-lain, kita akan temui bahawa orang Yahudilah yang mempunyai pengaruh utama dalam kerajaan Amerika, dan inilah caranya mereka menggunakan Amerika untuk melakukan rancangan mereka dalam dunia terutamanya ke atas dunia Islam.Kewujudan Amerika di Tanah Suci memberi sokongan kepada Yahudi dan menentukan keselamatan mereka.
Dalam masa berjuta rakyat Amerika hidup di jalanan dan mereka yang menjalani kehidupan di bawah paras kemiskinan, kita dapati Kerajaan Amerika terus membantu Israel untuk menawan tanah kami dan membina tempat tinggal dalam Tanah Suci.
Kerajaan Amerika mencampakkan kehidupan rakyat Amerika ke dalam Arab Saudi untuk kepentingan Yahudi. Orang Yahudi adalah orang yang disebut Allah di dalam kitab al-Qur'an sebagai orang yang sanggup menyerang Nabi dengan pembohongan dan mebunuh Nabi, dan menyerang Sayidatina Maryam dan memfitnah beliau dengan dosa besar.
Mereka adalah orang yang membunuh pesuruh Allah – tidakkah mungkin mereka membunuh, memperkosa dan mencuri daripada manusia lain.Mereka percaya bahawa kesemua manusia lain adalah dicipta untuk berkhidmat kepada mereka, dan didapati Amerika adalah manusia yang paling baik untuk tujuan itu.
Kerajaan Amerika membawa rakyatnya ke jurang kemusnahan dan mereka yang yang bersekongkol dengannya tetap percaya bahawa Amerika adalah kuasa terbesar dalam masa sepuluh tahun akan datang.Oleh itu kami beritahu rakyat Amerika sebagai manusia, dan kami beritahu ibu-ibu askar serta ibu-ibu lain umumnya, sekiranya mereka menilai nyawa anak-anak mereka, carilah kerajaan yang nasionalistik yang akan menjaga kepentingan mereka dan bukan kepentingan Yahudi.
Penerusan kezaliman akan membawa kepada perjuangan melawan Amerika seprti mana Ramzi Yousef dan lain-lain. Ini adalah pesanan saya kepada rakyat Amerika iaitu untuk benar-benar mencari kerajaan yang serius yang akan menjaga kepentingan mereka dan tidak menyerang orang lain, tanah mereka atau kehormatan mereka.
John Miller: En. Bin Laden, Ini adalah hampir keseluruhan soalan yang kami bawa. Adakah perkara lain yang saya tidak tanya tetapi anda ingin tambah?
Osama Bin Laden: Kami ingin tegaskan bahawa kami sentiasa berhubung rapat dengan rakyat jelata Islam, Alhamdulillah. Isu membebaskan Tanah Suci bukanlah kemahuan saya secara peribadi, tetapi saya hanyalah seorang hamba Allah dan salah seorang tentera Allah dalam Negara Islam.Pergerakan berjalan pantas dan terus kehadapan.
Dan saya pasti akan kemenangan kami dengan bantuan Allah menentang Yahudi dan Amerika. Kami lihat ini melalui kekuatan reaksi, setiap hari Amerika menagguhkan kepergian mereka, setiap hari mereka melengahkannya mereka akan menerima mayat baru daripada Negara Islam.Beberapa bulan lalu Kerajaan Saudi merampas beberapa buah peluru berpandu, peluru berpandu anti kapal terbang, SAM dan stinger.
Dapatkah kerajaan Amerika menjelaskan kepada rakyatnya apabila peluru berpandu SAMnya dilancarkan ke atas kapal terbang tentera dengan muatan 250 penumpang askar di dalamnya? Dapatkah ia menghalalkan kematian mereka?
Apa yang dirampas oleh kerajaan Arab Saudi jauh lebih kecil daripada yang telah dirampas. Kerajaan Amerika, sekiranya tiada lagi tempat ia bergantung, tidak mempunyai pilihan lain selain membawa balik anak-anak mereka terutamanya dari Tanah Suci dan Negara Islam lain amnya.
Dan mengelakkan diri daripada sebarang sokongan kepada kerajaan Israel dan Yahudi yang menduduki tanah kami.
HUBUNGAN DENGAN SHEIK ABDEL RAHMAN
Kami letakkan tanggung jawab sepenuhnya ke atas kerajaan Amerika setiap sebarang serangan ke atas Islam dan sokongannya kepada regim di Negara kami yang memusnahkan kepentingan rakyatnya.
Kami juga menjadikan mereka bertanggung jawabbagi sebarang serangan ke atas syiar Islam, Sheik Abdel Rahman, yang dianggap sebagai seorang ulama ulung Islam yang Allah berikan kepadanya keberanian untuk berkata yang benar.
Kami dengar ia berada dalam keadaan tidak sihat, dan dia berusia lebih 60 tahun dan buta dan Amerika melayan beliau dengan buruk. Pemenjaraan Sheik Rahman adalah satu serangan ke atas agama dan Negara Islam. Kami letakkan sepenuh tanggung jawab ke atas Amerika tentang pemenjaraan Sheik Rahman dan pemenjaraan orang Islam lain di Amerika.
Pesanan kepada pemberita Amerika adalah supaya mereka tidak bertanya kenapa kami lakukan ini, tetapi tanyakan apakah yang kerajaan mereka telah lakukan yang membuatkan kami mempertahankan diri kami. Itulah sahaja pesanan saya.
John Miller: Apa yang anda akan buat , dengan menyebut beberapa perkataan, adakah ia menyebut fatwa terbaru oleh Abdel Rahman pada minggu lepas?
Osama Bin Laden: Tidak.
John Miller: Saya ingin tahu jika anda boleh beritahu saya mengenai senapang di belakang anda dan bagaimana anda memperoleinya? Ia merupakan suatu legenda dalam berbagai cara, yaitu anda terlibat dalam pertempuran tangan dengan Rusia dalam serangan 3 hari ke atas kem anda.
Osama Bin Laden: Kami menempuh pertempurang yang ganas dengan Rusia. Cukup dengan mengatakan bahawa di Barat Rusia terkenal dengan keganasan dan kekejaman mereka. Mereka menggunakan gas racun terhadap kami, dan saya telah terkena serangan ini. Mereka menggunakan kapal terbang terhadap kedudukan kami, dan kami kehilangan ramai pejuang, tetapi kami dapat menghalang banyak serangan komando, berlainan daripada sebelumnya.
John Miller: Dalam sejarah, dalam tahun 1897, Teddy Roosevelt adalah seorang hartawan yang dibesarkan dalam keluarga yang terhormat yang berjuang di barisan hadapan, memilih pasukannya sendiri daripada kalangan askar, dan pergi berjuang. Anda mirip dengan Teddy Roosevelt versi Timur Tengah.
Osama Bin Laden: Kami penyembah Allah dan kami lakukan kewajipan kami. Kewajipan kami adalah untuk mengajak semua negara untuk bergabung dengan kebenaran. Kewajipan pertama kami adalah menjadi ummah bagi agama ini dan berjuang untuk agama ini.
Sejak kami dilahirkan, senjata Amerika berada di atas kepala kami dan kepala anak dan ibu, seperti di Qana dan lain-lain.Barat beranggapan bahawa kami adalah pembunuh. Mereka patut melihat saudara mereka di Eropah Timur, Turki dan Albania, melihat mereka yang memeluki Islam dan hidup bahagia dengannya selama berabad.
Orang awam Barat telah dipengaruhi media Yahudi yang tidak menyiarkan langsung mengenai Islam kecuali menuduh mereka sebagai pembunuh, dan tanpa menunjukkan yang bilangan Muslim yang dibunuh adalah jauh lebih besar lagi. Adalah menjadi tanggung jawab kami untuk membawa manusia kepada sinar (Allah).
0 comments:
Catat Ulasan