Selasa, 4 September 2007

PENYELIDIKAN TEKNOLOGI PENTING BAGI DUNIA ISLAM


Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, memiliki kesungguhan dalam bidang reka cipta memang tepat pada masanya. Ini memandangkan kebanyakan dari dunia Islam hari ini amat lemah dari sudut penyelidikan reka cipta berteknologi.

Menurut beliau,untuk melahirkan masyarakat ulul albab menjelang tahun 2020 nanti, usahanya perlu bermula hari ini. Apatah lagi, teknologi hari ini begitu berkait rapat dengan sistem urusan manusia pada setiap hari.

Jika dilihat daripada segala peralatan teknologi yang ada pada hari ini seperti telefon bimbit, komputer riba, mesin basuh, televisyen dan bermacam-macam lagi, kebanyakannya adalah hasil daripada ciptaan dan penyelidikan bukan Islam. Penghasilan barangan teknologi hasil dari kreativiti umat Islam.

Jelas, hari ini golongan yang menjadi jaguh dalam dunia penciptaan barangan berteknologi kebanyakannya terdiri daripada golongan bukan Islam.Dan agak malang, apabila golongan ini menguasai bidang teknologi, manakala Islam pula hanya menjadi pengikut dan pengguna.
Amerika Syarikat contohnya, sanggup membelanjakan ratusan bilion dollar untuk digunakan bagi penyelidikan penciptaan alatan berasaskan teknologi terkini. Tidak hairanlah apabila AS muncul sebagai antara negara yang terkini dan moden dalam pencapaian dalam dunia teknologi, terutama daripada sudut ketenteraan pada hari ini.

Tetapi malangnya, mereka ini menggunakan pencapaian teknologi, terutama yang berkaitan dengan senjata untuk menjadi satu sumber perdagangan yang membawa keuntungan besar bagi mereka. Peperangan yang dilihat oleh masyarakat dunia hari ini sebenarnya adalah satu ujikaji serta pendekatan perniagaan yang membawa keuntungan kepada satu pihak, dan kemusnahan serta kematian kepada pihak yang lain.

Jika dilihat daripada konteks bidang reka cipta dikalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia, menurut Prof Dato Khoo Khay Kim, antara kelemahan orang Melayu jika berdasarkan fakta sejarah adalah dari sudut reka cipta.

Kata beliau, orang Melayu bukan tidak kreatif, tetapi ada faktor-faktor tertentu, terutama dari sudut prinsip pemikiran dan hidup menyebabkan orang Melayu jadi begitu. Adakalanya, disebabkan prinsip hidup dan ideologi pemikiran, membuatkan orang Melayu tidak begitu kisahkan sudut pembaharuan, terutama dari sudut teknologi.

Sebagai contoh katanya, elas, sebelum kedatangan pedagang asing seperti China dan British, pedagang Melayu berdagang sehingga sampai ke negeri Afrika. Ini membuktikan sifat cekal dan berani yang dimiliki oleh para pedagang Melayu terdahulu sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan pedagang dari bangsa lain.

Namun akibat kurang usaha serta pemikiran yangberkonsep janji ada sudahlah, faktor ini menyebabkan pedagang Melayu yang berdagang menggunakan jalan laut mula tewas dengan persaingan dari bangsa Cina dan Inggeris yang turut menjalankan aktiviti perdangangan mereka di sekitar Asia termasuk tanah Melayu.

Jelas, sebelum kedatangan pedagang asing seperti China dan British, pedagang Melayu berdagang sehingga sampai ke negeri Afrika. Ini membuktikan sifat cekal dan berani yang dimiliki oleh para pedagang Melayu terdahulu sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan pedagang dari bangsa lain.

Begitu juga di dalam Al Quran. Kitab suci itu bukan sahaja menceritakan bab-bab potong tangan atau syariah yang ayat-ayatnya tidak sampai sepuluh peratus daripada keseluruhan isi kandungan al Quran. Banyak lagi ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam, langit dan bumi untuk manusia memikirkannya. Bagi membukti kebenaran firman dan keagungan Allah seperti yang tersebut di dalam al Quran, tidak ada jalan lain kecuali melalui ilmu sains untuk manusia mengkajinya.

Ini jelas dilihat daripada hasil-hasil penciptaan umat Islam ketika zaman pertengahan. Para ilmuwan Islam terdahulu mempelajari dan mengkaji ilmu-ilmu geografi, sains, matematik dan mencipta teori serta peralatan sains yang mengkagumkan, adalah berdasarkan iman serta pemahaman mereka terhadap apa yang diperintahkan oleh Al Quran.

Dan terbukti, segala kajian dan hasil penciptaan mereka, dijadikan bahan rujukan dalam dunia sains termasuk para cendekiawan barat sehingga ke hari ini.

Di Malaysia, kerajaan juga perlu membantu secara lebih serius tehradap mana-mana pertubuhan, persatuan ataupun indidvidu yang terlibat dalam bidang penyelidikan teknologi. Galakan dan bantuan dana kerajaan amat penting bagi membantu mewujudkan individu atau kumpulan yang dapat menghasilkan penemuan teknologi terkini.

Contohnya Zulkifli Harun. Beliau dilihat begitu komited dalam usahanya menjalankan pennyelidikan dalam penghasilan barangan yang berteknologi tetapi sayangnya, beliau terpaksa terkial-kial sendirian tanpa sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

Kepentingan dalam penggunaan dan penyelidikan dan penghasilan teknologi tidak dapat dinafikan pada dunia moden hari ini. Negara Jepun boleh dijadikan contohnya. Selain muncul sebagai sebuah negara Asia yang menjadikan teknologi sebagai gaya hidup, Jepun adalah antara negara yang memperolehi pendapatan tahunan tertinggi hasil daripada penjualan penciptaan teknologi untuk kegunaan ramai.

Daripada penyelidikan teknologi, seterusnya kepada penghasilan barangan berteknologi, pendapatan setahun negara Jepun hasil daripada penjualan barangan ciptaan berteknologi selama setahun bersamaan dengan pendapatan 58 buah negara OIC selama tiga tahun! Jepun tidak perlu bergantung bahan mentah tetapi mempergunakan akal dan kepekaan menurut zaman terkini sudah cukup untuk menjadikan Jepun muncul sebagai sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi di rantau Asia.

Di Malaysia, ramai profesor yang dilihat berjaya dengan hasil penciptaan berteknologi yang tidak kurang hebatnya. Begitu juga dengan hasil-hasil ciptaan anak Melayu yang dipertandingkan di Geneva, berjaya memenangi hadiah-hadiah utama dalam pertandingan tersebut.

Jelas, kreativiti bukan satu masalah tetapi, istiqamah dan prinsip pemikiran umat Islam perlu berubah kepada kefahaman al Quran yang relevan dengan situasi terkini demi kepentingan Islam dan ummah secara keseluruhannya.

0 comments: