DUNIA ISLAM

Tunjuk Perasaan Berlaku Hampir Di Seluruh Negara Umat Islam Hari Ini.

Khamis, 27 September 2007

BUKAN SEMUA YAHUDI ITU ZIONIS

PADA hari selasa 9 Novermber 2004, di hadapan Percy Military Hospital, Clamart di Paris, kelihatan sekumpulan lelaki yang bertopi, berjanggut panjang dan berpakaian kot hitam sedang mundar-mandir di perkarangan hospital tersebut. Mereka kelihatannya seperti sedang menunggu seseorang.Beberapa lelaki bertopi dan berkot hitam dari golongan itu, kelihatan memegang bendera Palestin. Orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut, memandang pelik...

Selasa, 25 September 2007

DUA JENIS PEMIKIRAN (PEMAHAMAN) YANG BERBAHAYA BAGI MASYARAKAT- DR. SYEIKH YUSUF AL QARDAWI

Masyarakat Islam saat ini harus dibebaskan dari dua bentuk pemikiran (paham) yang ditransfer kepada mereka dari tatanan masyarakat lain dan telah merasuk ke seluruh lapisan masyarakat, baik masyarakat awam maupun cendekiawan dan ulamanya.Dua pemikiran itu adalah:Pertama, berbagai pemahaman yang mempengaruhi kaum Muslimin pada masa-masa terjajah berupa kesalahfahaman mereka tentang Islam. Seperti memahami zuhud dengan meninggalkan sama sekali kehidupan...

HARAM BAGI MUSLIM BERTELAGAH SOAL FURUK

Menurut Syeikhul Islam, Dr. Yusuf al Qardhawi, pada hari ini adalah haram bagi umat Islam atau pergerakan Islam untuk bertelagah tentang perkara-perkara furuk seperti masalah janggut, jubah, hijab, tawfid dan beberapa masalah lain lagi.Umat Islam hari ini menurut beliau, perlu lebih menumpukan perhatian terhadap masalah-masalah yang lebih besar selain daripada perkara furuk, kerana masalah yang diabaikan itu akan mendatangkan masalah yang lebih besar...

Isnin, 10 September 2007

JAWAPAN OSAMA BIN LADEN DALAM TEMURAMAH EKSKLUSIF WARTAWAN BBC SELEPAS RUNTUHNYA WTC

Temuramah khusus dengan Osama Bin Laden Pemberita ABC News John Miller berjalan melalui gunung ganang Afghanistan menuju ke tempat persembunyian rahsia bagi melakukan temu ramah dengan Berikut adalah temuramah Miller bersama Osama Bin LadenJohn Miller: En. Bin Laden, kepada rakyat Amerika anda adalah seorang manusia yang sangat menarik. Seorang yang datang daripada keluarga yang berharta dan cukup selesa tetapi berakhir dengan menjadi seorang pejuang...

KONSPIRASI TERHADAP KHILAFAH ISLAM

Kini sistem khilafah Islamiah telah tiada dari muka bumi, ia dihapuskan secara rasmi pada 3 Mach 1924. Hilangnya sistem khilafah berarti hilangnya sebuah sistem peradaban Islam yang menyatukan dunia Islam di bawah satu kekuatan, menyatukan kehidupan kaum Muslimin dalam berbagai aspek kehidupan yang berlandaskan syari'at Islam di bawah satu kepimpinan. Hilangnya sistem khilafah juka berarti hilangnya "Daulah Islam" yang menurut Dr. Yusuf Qardhawi...

UMAT ISLAM TANPA DISEDARI JADI AGEN FITNAH BARAT TERHADAP AGAMA ALLAH

Runtuhnya World Trade Center (WTC), menara yang dianggap sebagai lambang kemegahan Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 lalu, membuatkan Islam mula menjadi sebutan masyarakat dunia. Peristiwa tersebut juga menandakan bermulanya era mengaitkan Islam dengan keganasan.Dan kronologinya selepas itu, Islam mula diserang. Bukan sekadar serangan pemikiran dan penyebaran propaganda memburukkan Islam, bahkan barat dan sekutunya bertindak lebih berani...

Selasa, 4 September 2007

PENYELIDIKAN TEKNOLOGI PENTING BAGI DUNIA ISLAM

Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, memiliki kesungguhan dalam bidang reka cipta memang tepat pada masanya. Ini memandangkan kebanyakan dari dunia Islam hari ini amat lemah dari sudut penyelidikan reka cipta berteknologi.Menurut beliau,untuk melahirkan masyarakat ulul albab menjelang tahun 2020 nanti, usahanya perlu bermula hari ini. Apatah lagi, teknologi hari ini begitu berkait rapat...

Laksana seruan jihad dalam pelbagai bidang-JANGAN SEMPITKAN MAKSUD JIHAD

Di dalam Islam, istilah jihad memainkan peranan yang besar dalam membangkitkan semangat umat Islam. Pada hari ini, dapat disaksikan bahawa orang-orang bukan Islam, terutama di Eropah dan Barat, begitu fobia apabila mendengar perkataan Jihad.Kejadian bom yang meletus di sana sini, seringkali dikaitkan dengan aktiviti jihad. Pada pandangan umum, terutama masyarakat dunia yang kurang arif tentang Islam, memandang perkataan jihad itu adalah khusus hanya...

Rabu, 22 Ogos 2007

SIAPA HINDRAF MAHU TUNTUT HAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU!?

Belum pun reda isu pelajar berbangsa Cina yang mengkhianati negara, dan tuntutan MCA yang cuba menggesa kerajaan membuka kontrak atau tender kepada semua kaum, namun mereka sendiri kedekut untuk berkongsi ilmu bersama-sama bangsa lain, kini timbul pula isu tuntutan sebuah pertubuhan hindu yang nampkanya cuba menjadi juara, konon-kononnya untuk mendapat gelaran sebagai pembela masyarakat Hindu di negara ini.Tuntutan yang dikemukan oleh sebuah NGO dari masyarakat India, Hindu Rights Action Force (HINDRAF) baru-baru ini terhadap kerajaan bagi menghapuskan...